Skip to content

ENGGAN LAGI DILABEL ‘SI KECIK’, AIMAN ZOLKIPLI KIAN GAH DALAM DUNIA KECERGASAN

Kongsikan artikel ini

Dipersenda ketika diri tidak berdaya, menjadikan motivasi buat dirinya, mengubah dari tiada apa, dan kini sasa dan bertenaga. Walaupun masih muda, Aiman Zolkipli buktikan tiada apa yang mustahil jika adanya pengorbanan dan usaha. Dunia kecergasan dilihat kini berkembang pesat dan ramai sudah celik akan kepentingan menjaga tubuh badan yang sihat. Bukan semata untuk membidik keyakinan serta beraksi di atas pentas mencipta pencapaian, namun Aiman ingin membuktikan dirinya bisa jadi inspirasi buat kalian. Jom baca temubual eksklusif GLAM Lelaki bersama pemuda ini.

Pakaian: Under Armour Fall Winter 2017

GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda?

AIMAN ZOLKIPLI: Pertama kali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penulis GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Baiklah, Nama saya Aiman Syafiq bin Zolkipli. Saya berumur 22 dan kini menetap di Serdang, Selangor. Saya merupakan pelajar tahun akhir Bachelor of Marine Electrical and Electronic di UniKL Mimet, Lumut, Perak. Saya anak kedua dari lima adik beradik. Selain bersenam di gim, hobi saya adalah bermain futsal dan online game (dota2).

Pakaian: Salt N Pepper

GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit perjalanan anda dalam melibatkan diri dalam dunia kecergasan.

AIMAN ZOLKIPLI: Saya mula berjinak-jinak dalam dunia kecergasan ketika berumur 19 tahun. Pada ketika itu saya kurang keyakinan di dalam diri oleh kerana mempunyai tubuh badan yang sangat kecil. Jadi saya membuat keputusan untuk menambah berat badan dengan pergi ke gim. Dilahirkan dengan tubuh badan yang agak kecil atau ‘petite’ sehingga diberi nama gelaran ‘kecik’ oleh rakan rakan dan masih ada di antara mereka yang masih memanggil saya dengan gelaran tersebut. Semakin hari saya semakin jatuh cinta dengan ‘bodybuilding’ selepas melihat perubahan pada tubuh badan sedikit demi sedikit, lalu saya menganggap ini satu tabiat gaya hidup yang perlu dikekalkan sampai bila-bila.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari dulu dan kini sasa dan tegap?

AIMAN ZOLKIPLI: Sejujurnya saya tak pernah terfikir untuk mendapatkan tubuh badan seperti sekarang. Saya membuat keputusan untuk mula serius dalam bidang ini selepas melihat transfomasi ke atas diri sendiri selain mempunyai minat yang mendalam. Tipulah kalau saya kata saya tak pernah rasa nak give up sepanjang berada dalam dunia kecergasan ini. Tetapi saya pegang pada satu prinsip iaitu ‘bukan senang nak senang bukan susah nak susah’. Saya juga bersyukur kerana mendapat sokongan dari keluarga yang sedikit sebanyak membantu saya secara tidak langsung. Dunia kecergasan ini memerlukan disiplin, komitmen selain modal yang agak besar. Its pretty challenging!

Transformasi diri Aiman Zolkipli. (Instagram @aimanzolkipli)

GLAM Lelaki: Boleh anda kongsi dan ringkaskan rutin kecergasan diri anda?

AIMAN ZOLKIPLI:  Isnin- dada (chest), Selasa – belakang badan (back), Rabu – kaki (leg), Khamis – bahu (Shoulder), Jumaat – lengan (arms), Sabtu – kaki & kardio (leg & cardio) dan Ahad – rehat.

GLAM Lelaki: Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan.

AIMAN ZOLKIPLI: Idola saya, sudah semestinya, warganegara Malaysia sendiri iatu Terrence Teo kerana beliau mempunyai tubuh badan yang agak baik, simetri malah beliau juga terkenal di peringkat antarabangsa. Sudah semestinya impian saya ingin menjadi seperti beliau.

Pakaian: Salt n Pepper

GLAM LelakI: Apa yang anda ingin buktikan apabila anda mulai terjun dan terlibat dalam bidang kecergasan?

AIMAN ZOLKIPLI: Saya ingin buktikan bahawa semua orang mampu mengejar gol dan cita masing masing sekiranya anda berusaha dan komited. Tiada alasan terlambat untuk mengejar sesuatu impian jika anda betul betul menginginkannya.

Pakaian: Under Armour Fall Winter 2017

GLAMLelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam bidang kecergasan dalam tempoh 5 tahun akan datang?

AIMAN ZOLKIPLI: Mungkin saya sudah mendapatkan IFBB Pro Card dan menjadi atlit pertama Malaysia bertanding di Mr Olympia. Itu impian saya dan akan saya usahakan selagi termampu.

GLAM Lelaki: Boleh kongsikan kenangan dan pahit manis dalam dunia kecergasan yang pernah anda lalui?

AIMAN ZOLKIPLI: Bagi saya kenangan pahit adalah di mana saya tidak mencapai sasaran berat dan bentuk tubuh badan yang diingini. Namun, ia berbalas dengan kemenangan di beberapa pertandingan yang saya sertai. Sesungguhnya, tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Senang cerita, hard work pays off!

GLAM Lelaki: Senaraikan pencapaian dalam bidang kecergasan.

AIMAN ZOLKIPLI:

  1. Iron Contender 2016, Ipoh, Perak. Men’s Physique below 170 cm. -Champion
  2. Iron Contender 2016, Ipoh, Perak. Body Building below 65kg -Champion
  3. Fitness Ironman 2016, Singapore. Men’s Physique Junior- 2nd runner up
  4. Mr Gagah Perkasa 2016, Kuala Langat, Selangor. Men’s Physique Open – 4th place
  5. Mr Aesthetic Physique 2016, E curve Damansara, Selangor. Men’s Physique below 170 cm – Top 5
  6. Mr Sexy Fitness Inspire 2016, Saujana Putra, Selangor. Men’s Physique below 170 cm – Top 10
  7. Mr Gombak 2016, Selangor. – Top 10
  8. Men Of Steel 2017, Selangor. – Top 10
  9. Mr Brotherhood 2017, Selangor. – Top 10

GLAM Lelaki: Nasihat buat mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang kecergasan?

AIMAN ZOLKIPli:  Jangan cepat putus asa dan menyerah kalah dalam melakukan sesuatu perkara. Jika anda usaha lebih anda pasti dapat lebih. Keep on going, keep on grinding!

Penyelaras / Teks / Konsep / Penata Gaya: Wan Mohd Firdaus | Foto: Instagram @fantomphotos/ | Pakaian: UNDER ARMOUR Fall Winter 2017 @underarmourmy & Salt n Pepper @saltnpepper_my| Lokasi: Xclusive Fitnesz Seksyen 13 Shah Alam / @xclusivefitnesz

# Bagi anda yang ingin tampil secara eksklusif dalam GLAMLELAKI.MY untuk ruangan Transformasi Zero2Hero, anda boleh PM atau DM Facebook & Instagram @glamlelaki, atau penulis di Instagram @wanmohdfirdaus.

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

Bacaan Lanjut

RAHSIA PERSIAPAN BERSENAM TERBAIK UNTUK HASIL MAKSIMUM

Bacaan Lanjut
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut
YSL Beauty

SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
Haruman Chanel

WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF

Bacaan Lanjut