ULANG PAKAI PAKAIAN GIM ANDA? INI KESANNYA TIDAK SEMUA TAHU
Dek kesuntukan dan kekangan masa, lelaki khususnya akan mengulang pakai pakaian gim atau sukan yang digunakan hari sebelumnya. Maklumlah, pakaian tersebut dirasakan masih elok dan tidak berbau. Namun, adakah ia baik untuk kesihatan? Meskipun dilihat masih bersih, namun memakai pakaian olahraga atau gim yang belum dicuci boleh memberi kesan tertentu.

Jelas Dr Kay Obendorf, Ph.D, seorang profesor dari Cornell University, peluh yang dihasilkan sememangnya tidak berbau, namun aroma yang tidak enak akan muncul tatkala bakteria mula membiak dek kehadiran peluh dan keringat. Jika anda tidak segera membasuhnya, bakteria tetap dapat hidup lalu bauan kurang sedap akan makin menjadi-jadi, dan seterusnya memberi kesan pada aktiviti yang sedang anda lakukan.


Saranan Obendorf, setiap kali tamat aktiviti, pakaian sukan perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum boleh dipakai semula dengan cara merendamnya terlebih dahulu menggunakan air panas dan deterjen. Elak guna pelembut pakaian kerana bakteria sukar untuk hilang.
Oleh Wan Mohd Firdausm 11 Oktober 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.










