HUBLOT RAIKAN ‘THE ART OF FUSION’, SENI TUKANGAN GABUNGAN MATERIAL, SAINS & STAIL
‘The Art of Fusion’ menyoroti gen yang berakar umbi dalam DNA jenama ini sejak di awal penciptaanya pada tahun 1980. Hublot, jenama jam tangan pertama menggabungkan penggunaan emas dan getah asli. Direka pada tahun 2004 oleh Jean-Claude Biver, Pengerusi Hublot serta presiden kepada divisi kumpulan jam tangan LVMH, dan Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot. Maka, sejak itu, falsafah ini telah berjaya ‘menghidupkan’ banyak material-material lain yang ternyata unik, eksklusif sehingga ada yang sudah dipatenkan.

Ricardo Guadalupe bersama Jean-Claude Biver

Penggunaan getah asli pada Big Bang Unico Black Magic.

Perincian dengan material ‘Magic Gold’ pada Big Bang Unico.
Kisah Hublot bermula dengan moto ini, yang memandu segala tindakan, inovasi, perkembangan dan perkongsian. Menyusun hubungan antara tradisi sekular yang sudah lama sebati dengan wawasan idea yang dipelihara, termasuk perincian avant garde juga penelitian bahan-bahan baru, tema ini menggabungkan gaya dan material dengan mudah sekali, termasuk aspek keyakinan dan kepercayaan dari semua rakan kongsi, duta dan ahli keluarga yang bersatu di bawah DNA ini.



Menggabungkan unsur-unsur dari alam semula jadi yang tidak ditemui di negara asalnya, Hublot memproduksi semula koleksi Big Bang, menggunakan unsur masa lalu dan masa depan, diselang tradisi dan inovasi.
Penggunaan logam dalam bentuk asalnya dan bijih pertama pada zaman prasejarah. Kemudian, logam dan aloi dibangunkan dengan revolusi perindustrian pada masa kini, agar pemilihan pelbagai jenis bentuk, komposisi dan aplikasi dilihat seolah-olah tidak terbatas. Kiranya ia persis ‘alam semesta’ yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti mineral, logam, seramik, polimer, bahan komposit dan aloi, mengikut acuan Hublot dalam mencipta semula ‘The Art of Fusion’. Alam yang punya pilihan tidak berkesudahan menjadi sumber inspirasi terbesar, sumber yang tak terbatas. Berikut adalah antara utasan eksklusif dari koleksi Hublot Bing Bang yang menyasarkan penggunaan pelbagai material khas mengukuh penjenamaan Hublot sebagai suatu jenama unggul di hadapan.

Hublot Big Bang Unico Blue Sapphire dan Red Sapphire

Hublot Big Bang Unico Sapphire

Hublot Big Bang MECA-10 Magic Gold

Hublot Big Bang MECA-10 Full Black Magic
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Oktober 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LONGINES MEMPERLUAS KOLEKSI SPIRIT DENGAN EMPAT MODEL BARU
Menjangkau hampir satu abad berteraskan warisan penerbangan, Longines memperluaskan koleksi Spirit dengan empat model jam tangan baharu: Longines Spirit Pilot dan Longines Spirit Pilot Flyback Chronograph serba biru.
AUDEMARS PIGUET 150 HERITAGE DIIKTIRAF SEBAGAM JAM TANGAN KALENDAR DAN ASTRONOMI DI GPHG 2026
Audemars Piguet telah diiktiraf bagi kategori Jam Tangan Kalendar & Astronomi di acara Grand Prix d’Horlogerie de Genève tahun ini menerusi model jam tangan poket 150 Heritage. Kemenangan ini membuktikan kepercayaan para pakar industri kepada jenama jam tangan Switzerland ini.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Audemars Piguet memperkenalkan 'The Watch Keepers', perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI
Sifat semulajadi sukan luncur ski mencerminkan DNA BR-05 Chrono Snow Rocket dengan ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.










