Skip to content

MYVI 2018 KINI LEBIH CANGGIH, LEBIH SELAMAT

Kongsikan artikel ini

Perodua Myvi 2018 yang terbaru dilancarkan secara rasmi malam tadi. Harga bermula dari RM44,300 (tanpa insurans), All-New Myvi telah mengambil signatur Modern Technologu, Youthful Design, Versatile space dan Inttelligent safety  ke tahap yang lebih baru. Kereta ini juga adalah kenderaan pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri keselamatan lanjutan dan turut menawarkan lebih banyak kelengkapan daripada yang sebelumnya.

Dilengkapi dengan enjin Kenderaan Ekuiti 1.3 dan 1.5 (EEV), kereta Myvi terbaru ini turut dilengkapi dengan Dual VVT-i. Enjin kenderaan dikendalikan sama ada dengan transmisi manual lima kelajuan (MT) dalam vairan 1.3 L atau transmisi automatik empat kelajuan untuk semua varian. Enjin NR yang baru ini berasal daripada Kilang Enjin Daihatsu Perodua di Sendayan, Negeri Sembilan.

Kereta Myvi terbaru ini turut mempunyai Eco Idle (1.3X, 1.5H dan 1.5AV) di mana enjin akan dimatikan secara automatok apabila kereta dihentikan dan dimulakan semula apabila pedal brek dibebaskan. Bersama dengan penambahaikan aerodinamik, ini dapat membantu untuk menjimatkan bahan api sebanyak 20.1 km/l unutk 1.5 AT (Dual VVT-i).

The All New- Myvi telah menawarkan lima varian iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Pemium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Ternyata kereta Myvi terbaru ini adalah kereta untuk semua.

The All New-Myvi ini lebih panjang, lebih rendah dan lebih luas dari rangkaian kereta Myvi sebelum ini. Kereta ini turut dilengkapi dengan lampu depan LED dengan fungsi ‘Auto-off’ dan ‘Follow-me-home’ dan butang Mula/Henti enjin yang menjadikan pengalaman memandu anda lebih mudah.

Terletak pada rim aloi sebagai standard, berukuran 14 inci untuk 1.3 varian dan 15 inci untuk 1.5 varian (dengan kemasan dua nada). Dengan jarak sebanyak 973mm antara penumpang depan dan belakang, memastikan anda mempunyai ruang yang banyak untuk kaki anda dan dengan susunan tempat duduk fleksibel 8+1, The All New Myvi ini sememangnya sesuai dengan gaya hidup anda bersama keluarga.

Varian 1.5 High pula mempunyai ciri sporty pada bahagian depan dan sisi kereta, bumper belakang dua nada, spoiler belakang dan pembaca tol terbina dalam di mana ia adalah ciri pertama untuk kereta Perodua. Anda hanya perlu masukkan kad Touch ‘n Go ke dalam pembaca dan anda boleh memandu melalui laluan tol SmartTAG.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 November 2017 (Sumber: JELITA)

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023

Bacaan Lanjut
TIGUAN ALLSPACE #SUVW BUAT SEMUA

TIGUAN ALLSPACE #SUVW BUAT SEMUA

Bacaan Lanjut
TIGUAN ALLSPACE LIFE 01

TIGUAN ALLSPACE LIFE

Bacaan Lanjut
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya 01

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya

Bacaan Lanjut

GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU

Bacaan Lanjut
Keanggunan Nan Agresif 01

Keanggunan Nan Agresif

Bacaan Lanjut