Skip to content

CASIO EDIFICE EQB-800 DINAMIK UNTUK PERLUMBAAN

Kongsikan artikel ini

Memperkenalkan model terkini Edifice yang berilhamkan sukan permotoran, jam analog dibingkis Casio siap dengan fitur connected engine bagi menghubungkannya ke telefon pintar. Dibikin hasil makluman serta nasihat Pasukan Perlumbaan Profesional, model Race Lap Chronograf EQB-800 diperkenalkan.

Sekali gus menambah siri barisan Edifice yakni jam tangan berprestasi tinggi yang menggabungkan gaya dinamik berserta teknologi canggih. Sebagai model terbaru yang boleh dihubungkan ke telefon pintar, EQB-800 menggabungkan prestasi canggih dengan seni reka visual yang agresif lagi mendebarkan dari lapangan sukan. Memerlukan aplikasi CASIO WATCH+, aplikasi ini boleh dimuat turun dari App Store menerusi iPhone atau Google Play bagi Telefon pintar Android.

Jam kronograf EQB-800 baru ini dilengkapi dengan teknologi Casio Connected Engine bagi menghubungkannya dengan telefon pintar. Tampil bernada sporty nan dinamik, case jam digarap tebal berserta indeks masa yang tegap. Paduan rona biru serta laman dail hitam berserta kemasan tali keluli memberikan efek maskulin. Terutamanya, pada kaunter retrograde pada kedudukan indeks masa 9 yang punya paparan jarum 3D tebal untuk indikasi fungsi jam randik, hubungan ke telefon pintar serta paparan tahap bateri.

Oleh Editorial GLAM Lelaki, 16 November 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA

Bacaan Lanjut

FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS

Bacaan Lanjut
BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut