AIZAT ALI, OUR NEXT RISING FITNESS SUPERSTAR!
Melihat fizikalnya, padan namanya sering kali dilaung kuat dalam setiap pertandingan bina badan disertainya. Yang pasti, figura sasa dimiliki bukan datang percuma. Semuanya bermula dengan minat akhirnya membawa kepada kerja keras tanpa kenal erti penat dan lelah, dan akhirnya nama kian menjadi sebutan dalam dunia kecergasan. Walau pernah ‘terduduk’ akibat kecelakaan, dirinya bangkit semula bagi membuktikan tiada apa yang mustahil. Bagi dirinya, biarlah…asalkan di setiap kali kejatuhannya, jatuhnya menuju ke hadapan. Jom ikuti temubual kami bersama Aizat Ali, our next rising fitness superstar!
GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan serba sedikit tentang diri anda?
AIZAT ALI: Pertama sekali, ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada penulis kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama diberi Aizat Syazwan Bin Mohd Ali. Lebih dikenali sebagai Aizat Ali. Umur pada tahun ini berusia 23 tahun. Berasal dari Setiawangsa, Kuala Lumpur. Hobi saya pula adalah workout dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana anda boleh terlibat dalam dunia kecergasan?
AIZAT ALI: Sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi bergiat dalam dunia kecergasan bermula dari sekolah rendah hinggalah mendaftar masuk sekolah sukan. Merupakan atlet untuk sekolah sukan Kuala Lumpur sebagai atlet pecut 100m dan 200m. Berminat pada sukan bina badan selepas tamat persekolahan dan masih aktif sehinggalah sekarang.
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari dulu dan kini sasa dan tegap?
AIZAT ALI: Melihat orang lain dengan fizikal yang sasa dan tegap buat diri rasa betul-betul tercabar. Di fasa permulaan, saya menimba ilmu dari mereka yang pengalaman serta rujukan dari Internet. Dari badan saya yang bersaiz fit athlete, alhamdulillah badan saya kini ‘bersaiz’ men physique. Betul orang cakap bersusah dahulu senang kemudian. Transformasi yang mengejut dan merupakan satu kepuasan dalam diri ini dapat mencapai sesuatu yang inginkan.
GLAM Lelaki: Bagaimana pula dengan rutin kecergasan harian anda?
AIZAT ALI: Rutin kecergasan saya bermula selepas habis bekerja, iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat. Saya rehatkan badan pada hujung minggu. Untuk Isnin, saya fokus kepada dada; Selasa pula bahu; Rabu saya utamakan belakang badan, Khamis untuk tangan dan kaki pula pada hari Jummat.
GLAM Lelaki: Khabarnya anda sendiri pernah melalui detik-detik hitam sewaktu mula-mula terlibat dalam dunia kecergasan. Boleh kongsikan dengan kami?
AIZAT ALI: Ya, saya pernah mengalami kecederaan bahagian pengelangan tangan dan tapak kaki, dan tidak dapat bersukan selama sebulan. Sewaktu itu rasa rindu nak ‘pegang’ besi sebab sudah lama tinggalkan. Nekad pergi berurut setiap minggu dan alhamdulilah pulih selepas berurut. Saya sarankan kepada semua yang mengalami kecederaan di bahagia otot, pergi berurut atau berjumpa doktor. Takut jadi apa apa pada bahagian sakit. Cegah dahulu sebelum terlambat.
GLAM Lelaki: Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan.
AIZAT ALI: Ryan Terry
GLAM Lelaki: Apa yang anda ingin buktikan apabila anda mulai membuat badan dan terlibat dalam dunia kecergasan?
AIZAT ALI: Sudah pasti untuk menjadi inspirasi kepada semua orang serta ingin menyampaikan mesej kepada semua bahawa menjaga kesihatan amat penting untuk diri kita, apatah lagi buat golongan muda dan remaja.
GLAM Lelaki: Pencapaian anda dalam bidang kecergasan.
AIZAT ALI: Antara pencapaian saya dalam bidang kecergasan ini adalah antaranya:
- No 1 Mr Enrich Bakat Baru Bawah 170cm
- No 2 Mr Sado Melaka Open 22 Tahun – 35 Tahun
- No 4 Mr Awt Bawah Open 170cm
- No 2 Mr Kabs Bawah Open 170cm
GLAM Lelaki: Nasihat boleh diberikan buat mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang kecergasan?
AIZAT ALI: Nasihat saya agar jangan mudah putus asa. Nak dapatkan sesuatu kita kena mulakan dengan niat yang betul, apa yang kita hajat pasti akan dapat dengan ada usaha dalam diri. Paling penting jangan cepat mengalah. Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Keep it going okay!
Penyelaras / Teks / Konsep / Penata Gaya: Wan Mohd Firdaus | Foto: Instagram @ fotobyali | Pakaian: UNDER ARMOUR Fall Winter 2017 @underarmourmy
# Bagi anda yang ingin tampil secara eksklusif dalam GLAMLELAKI.MY untuk ruangan Kapsul GL Zero2Hero, anda boleh PM atau DM Facebook & Instagram @glamlelaki, atau penulis di Instagram @wanmohdfirdaus.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA
Sama seperti wanita, rambut mahkota buat kaum Adam. Terutama di kalangan lelaki metroseksual yang mementingkan penggayaan dan penjagaan rambut.
RAHSIA PERSIAPAN BERSENAM TERBAIK UNTUK HASIL MAKSIMUM
Bersenam bukan sahaja memerlukan stamina dan kekuatan fizikal, tetapi juga memerlukan persiapan mental dan fizikal yang lengkap agar kita dapat memanfaatkan setiap sesi latihan.
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI
Rambut bukan sekadar pelengkap penampilan tetapi juga mencerminkan status, gaya hidup dan keperibadian seorang lelaki. Justeru penjagaannya tidak boleh diabaikan.
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
4 RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN ANDA
Ketahui rahsia kecantikan lelaki melalui rutin penjagaan kulit yang tepat. Dapatkan tip ini untuk meningkatkan penampilan dan keyakinan dengan rutin mudah. Apakah kunci untuk kelihatan segak dan berkarisma meskipun menjalani rutin harian yang padat? Walaupun banyak yang berpendapat bahawa penjagaan kulit hanya untuk wanita, kenyataannya adalah, lelaki juga perlu memberi perhatian kepada kesihatan dan penjagaan…
WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF
Jenama fesyen CHANEL memperkenalkan koleksi haruman terbaru mereka, Allure Homme Sport Superleggera khas buat para jejaka.