Pereka Menswear Malaysia: ISKANDAR KHAN (Wolfgang)
Wolfgang came at the right time. Itulah yang dinamakan rezeki. Wolfgang adalah antara jenama high street lokal terawal berjaya menambat hati pelanggan tempatan. Setuju atau pun tidak, Wolfgang is a trendsetter. Masakan tidak, disebabkan reaksi hebat terhadap jenama ini, semakin banyak usahawan muda cuba meniru desain dan strategi pemasaran Wolfgang.
Teks: Johan Kassim
Nama Iskandar Khan, pengasas Wolfgang, cukup popular di kalangan pengikut fesyen high street. Orangnya nampak pendiam, tapi bila diajak berbual, dia punyai pendapat tersendiri. Akuinya, first impression umum terhadapnya adalah pemalu, pendiam dan bijak bergaya. Kehebatan Iskandar bergaya usah dipertikaikan lagi. Stailnya mencerminkan fesyen anak muda masa kini. “Saya memiliki semangat yang kuat kala melakukan sesuatu perkara. Passion terhadap fesyen sememangnya tercetus sejak kecil lagi.”
“Saya lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Selepas tamat pengajian sekolah menengah, saya menyambung pelajaran dalam jurusan pemasaran. Dan sambil belajar, saya cuba melakukan bisnes sampingan demi mendapatkan duit belanja ekstra. Saya dan beberapa rakan lain, menjual printing baju dan sedikit demi sedikit saya belajar tentang perusahaan fesyen.” Kata Iskandar lagi, menggabungkan minatnya terhadap fesyen dan memiliki latar belakang pemasaran, memberinya keyakinan untuk memulakan jenama sendiri.
“Siapa banyak dedahkan Iskandar terhadap fesyen?” “Ayah saya memainkan peranan penting. Dia banyak menyimpan pelbagai item fesyen dan gemar bermain alat-alat muzik. Abang-abang saya turut mempengaruhi minat saya terhadap fesyen. Tapi trend fesyen mereka terarah rock seperti berambut panjang dan sebagainya.”
Menurut Iskandar, terdapat pelbagai aspek tentang fesyen lelaki menjadi kesukaannya. Padanya, ekspresi diri boleh ditonjolkan menerusi fesyen lelaki. “Fesyen lelaki hari ini hadir dengan seleksi rekaan. Melalui itu, pemakai berupaya mengekspersikan diri dengan cara berpakaian. Jikalau dulu, fesyen lelaki agak bosan. Kerana hampir kesemua lelaki memakai stail sama. Tiada variasi. Hari ini, fesyen lelaki lebih berwarna dan sudah ramai tampil berani mencuba stail berlainan.”
Tahun lalu, Wolfgang diberi peluang mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015 dengan mempersembahkan koleksi Wolfgang Musim Bunga 2016 Bahagian 1. “Ia adalah suatu kepuasan. Pada awal penglibatan Wolfgang, saya tidak menjangka bahawa Wolfgang berjaya ke peringkat sekarang.”
Mengimbas semula kronologi Wolfgang, ia bermula sebagai pergerakan pada 2009. Pada waktu itu, enam rakan-rakan baik berkongsi minat yang sama iaitu fesyen dan muzik bersatu mengemudi Wolfgang. Tapi hari ini, yang lain sibuk dengan haluan masing-masing dan tinggal Iskandar sahaja giat mengembangkan Wolfgang.
“Memang saya tak jangka Wolfgang boleh maju seperti apa yang kita lihat hari ini. Saya sangkakan Wolfgang ini hanya sekadar menjual T-shirt pada mulanya. Tapi pabila bilangan pengikut Wolfgang semakin bertambah dan orang ramai mula memandang serius, barulah saya terfikir nak jalankan Wolfgang lebih serius. Tambahan pula, saya mahu berbakti kepada masyarakat dengan memperjuangkan industri fesyen tempatan.”
“Agaknya, apakah kemungkinan yang menyebabkan Wolfgang menjadi kegemaran ramai?” “Hmm… sebab ada banyak permintaan daripada pelanggan. Kebanyakan pelanggan Wolfgang datang nak memberi sokongan terhadap jenama tempatan. Lagipun, team Wolfgang telah melakukan penyelidikan secara terperinci tentang pemasaran Malaysia. Dan kita tahu apa golongan muda dan pengikut fesyen masa kini mahukan dalam bidang fesyen. Kami kaji sebaiknya selera fesyen golongan muda generasi baru khasnya.”
Tak dinafikan, Wolfgang berkembang maju dan mendapat liputan meluas adalah disebabkan peranan media sosial. Tanpa kewujudan media sosial, Wolfgang tak mungkin akan mencapai seperti apa yang dilihat kita hari ini. Dan semakin Wolfgang bergerak ke hadapan, terdapat jenama tempatan lain mengikut jejak langkah sama. Ada juga beberapa rekaan lokal lain menyerupai desain dan identiti Wolfgang. Boleh dianggap, sesiapa sahaja ada modal lebih mampu mengeluarkan jenama sendiri tanpa perlu berusaha keras.
Mengenai situasi ini, Iskandar berpendapat, “Apa yang saya lihat, semakin ramai orang mencari peluang menjana pendapatan dengan cara pintas. Kalau Vape menguntungkan, semua orang nak jual Vape. Atau sekiranya, cupcake atau macaroons ramai orang mahu beli, semua orang pun mula jual. Perniagaan ini akan menguntungkan kalau trend tersebut berpanjangan, tapi kalau nak kekal relevan, bertahan lama dan trending, mungkin agak susah. Ia bergantung kepada nasib dan rezeki masing-masing.”
Tambah Iskandar sebelum mengakhiri perbualan, dia mengharapkan agar masyarakat kita akan kurangkan membeli jenama antarabangsa dan lebih menyokong jenama tempatan demi membangunkan industri fesyen tempatan.
(Keluaran asal Mac 2016)
Ingin membaca edisi lengkap rencana ini? Klik di sini untuk membeli GLAM Lelaki Mac 2016 edisi digital.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries pilihan GLAM Lelaki menampilkan Rizal Rasid yang berasal dari Brunei, dan kini meluaskan sayapnya di Malaysia.
5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI
Bintang Thailand, Bright Vachirawit akan membuat penampilan istimewa pada 23 April ini untuk meraikan produk terbaru Kiehl's di Mid Valley Megamall. Bright Vachirawit yang merupakan pelakon dan penyanyi terkenal juga sering dilihat dengan gaya fesyen yang menarik perhatian ramai.
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN
Selepas menghasilkan lebih 100 koleksi selama 38 tahun, Dries Van Noten bakal mempersembahkan koleksi terakhirnya pada musim panas ini.
HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE
Untuk musim bunga/panas 2024, Hackett London bersama Jenson Button dan Matthew Goode memulakan pengembaraan gaya sartorial Britain yang berlatarkan lanskap Andalusia di Seville, Sepanyol.
15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Paris Fashion Week Fall 2024 di kota fesyen Perancis kali ini?