SENTUH, UBAH STIGMA LAPUK URUTAN & FASIAL HANYA UNTUK PEREMPUAN
SENTUH adalah satu perniagaan startup baharu sepenuhnya milik bumiputra yang menghubungkan pelanggan dengan terapis kesihatan yang terlatih. Industri kesihatan dan spa semakin mendapat permintaan yang tinggi di masa kini. Kekangan masa dan kesukaran untuk ke spa atau pusat terapi sering menjadi penghalang untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan terapi dan spa yang baik. Bagi memenuhi kehendak pasaran, SENTUH mendekati pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan spa dan terapi di rumah, hotel atau pejabat disamping mengekalkan pengalaman mewah seperti di pusat spa.

Pelanggan hanya perlu membuat tempahan yang mudah dan cepat menggunakan laman web dan aplikasi telefon yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Terapis akan mendapat notifikasi tempahan dan maklumat yang dibekal pelanggan seperti lokasi, masa dan jenis perkhidmatan. Seterusnya, terapis akan mengesahkan tempahan dan bersedia dengan kelengkapan spa untuk menuju kepada pelanggan. Sentuh mensasarkan 100 orang terapis pada 2019 dan komited untuk melatih terapis muda dari kalangan B40 dan mahu memastikan mereka berjaya menambah pendapatan malah membina karier baharu sebagai terapis profesional.

SENTUH mula beroperasi pada dengan menumpukan perkhidmatan penjagaan kulit muka dan urutan badan di sekitar Lembah Klang dan dalam persediaan mengembangkan perkhidmatan ke bandar-bandar lain dan bakal melancarkan beberapa perkhidmatan baharu pada awal tahun hadapan seperti bekam, urutan sukan, pra-natal, pasca-natal dan fisioterapi.

Sentuh juga berharap lebih ramai terapis lelaki akan menyertai Sentuh bagi memenuhi kehendak pasaran dari golongan lelaki. Pelanggan lelaki mengalami kesukaran untuk mendapatkan servis spa kerana industri ini kian didominasi oleh golongan wanita. Sentuh percaya bahawa terdapat ramai terapis lelaki yang berbakat di luar sana tetapi mempunyai kekangan ruang untuk membina karier dan sering terikat dengan stigma bahawa profesyen ini hanya untuk wanita.

Buat kaum lelaki pula, tidak dinafikan ramai yang masih punya stigma tentang urutan dan fasial yang hanya untuk wanita. Namun dengan adanya SENTUH, anda sendiri boleh merasai perkhidmatan ini di dalam rumah anda tanpa perlu rasa segan mahupun malu. Jom layari sentuh.my untuk menempah sesi rawatan anda hari ini!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 Disember 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.










