ZAM OSMAN NEKAD TERUS KOMITED DALAM DUNIA KECERGASAN
Bagi belia seusianya, rugi andai masa banyak dihabiskan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. Namun tidak bagi anak muda ini. Usianya digunakan sebaik-baiknya dalam menjalani gaya hidup sihat, agar bisa jadi inspirasi buat mereka di luar sana. Walau masih hijau dalam bidang kecergasan, namun ia tidak pernah menghalang dirinya untuk terus komited, belajar dan bangkit. Ikuti temubual penulis GL bersama Zam Osman.
GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda?
ZAM OSMAN: Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada penulis GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Nama saya Nizamuddin Osman, berusia 21 tahun dan kini menetap di Kampung Lapan, Melaka. Mesra dipanggil Zam. Bertugas sebagai seorang pelayan bar dan jurulatih kecergasan. Anak bongsu dari tiga adik beradik. Selain bersenam di gim, hobi saya bermain badminton dan menonton wayang.
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana anda boleh terlibat dalam dunia kecergasan?
ZAM OSMAN: Masa saya berumur 16 tahun, saya telah berpindah sekolah dan duduk serumah dengan abang saya, dan pada masa yang sama hobi abang saya adalah melakukan rutin push up. Melihat dedikasi dan hasil dari rutin tersebut, saya turut mengikut dan berjaya melihat perubahan badan di mana dari badan yang gempal kini sudah menjadi tegap. Sejak dari itu, saya sudah mula jatuh cinta dengan bidang ini dan ingin terus mengekalkan gaya hidup sihat ini.
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari dulu dan kini sasa dan tegap?
ZAM OSMAN: Saya pun tidak terfikir dari seorang yang gemuk dan berisi, akhirnya boleh memiliki badan yang fit seperti sekarang dan saya bermula aerius selepas melihat transformasi yang memberangsangkan baru-baru ini. Tipulah jika saya tidak pernah merasa give up sepanjang 3 tahun saya dalam bidang ini. Terlalu banyak saya belajar tapi saya percaya dengan usaha yang tak pernah putus, hasilnya pasti jelas.
GLAM Lelaki: Bagaimana pula dengan rutin kecergasan harian anda?
ZAM OSMAN: Seperti orang lain, setiap hari saya akan memfokuskan pada satu-satu bahagian tubuh badan. Saya akan menghabiskan 2 jam untuk setiap rutin. Contohnya ;
Isnin – chest and tricep
Selasa – back and bicep
Rabu – leg day and bicep
Khamis – rehat
Jumaat – chest and tricep
Sabtu – back and bicep
Ahad – rehat
GLAM Lelaki: Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan?
ZAM OSMAN: Tentulah abang saya sendiri.
GLAM Lelaki: Apa yang anda ingin buktikan apabila anda mulai membuat badan dan terlibat dalam dunia kecergasan?
ZAM OSMAN: Sudah semestinya ingin menjadi inspirasi untuk menarik lagi minat anak muda yang sebaya untuk cuburi bidang kecergasan ini.
GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam bidang kecergasan dalam tempoh 5 tahun akan datang?
ZAM OSMAN: Azam saya adalah untuk menyertai lebih banyak pertandingan bina badan, agar suatu hari nanti mungkin saya boleh mengharumkan nama negara.
GLAM Lelaki: Pencapaian dalam bidang kecergasan.
ZAM OSMAN: Body Cantik Wow Fest 2018 Top 3 dan Festival Hari Sukan Melaka 2018 Open Top 5
GLAM Lelaki: Nasihat buat mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang kecergasan?
ZAM OSMAN: Usaha, sabar dan fokus pada target anda.
Penyelaras / Teks / Konsep / Penata Gaya: Wan Mohd Firdaus | Foto: Instagram @fotobyali / www.fotobyali.com | Pakaian: GUESS dan UNDER ARMOUR | Lokasi: Xclusive Fitnesz Seksyen 13 Shah Alam / @xclusivefitnesz
#Bagi anda yang ingin tampil secara eksklusif dalam GLAMLELAKI.MY untuk ruangan Transformasi Zero 2 Hero, anda boleh PM atau DM Facebook & Instagram @glamlelaki, atau penulis di Instagram @wanmohdfirdaus.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA
Sama seperti wanita, rambut mahkota buat kaum Adam. Terutama di kalangan lelaki metroseksual yang mementingkan penggayaan dan penjagaan rambut.
RAHSIA PERSIAPAN BERSENAM TERBAIK UNTUK HASIL MAKSIMUM
Bersenam bukan sahaja memerlukan stamina dan kekuatan fizikal, tetapi juga memerlukan persiapan mental dan fizikal yang lengkap agar kita dapat memanfaatkan setiap sesi latihan.
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI
Rambut bukan sekadar pelengkap penampilan tetapi juga mencerminkan status, gaya hidup dan keperibadian seorang lelaki. Justeru penjagaannya tidak boleh diabaikan.
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF
Jenama fesyen CHANEL memperkenalkan koleksi haruman terbaru mereka, Allure Homme Sport Superleggera khas buat para jejaka.
TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI
Masalah sukar tidur boleh diatasi dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang berkesan.