RELEVANSI BAKAT SENI AIMAN HAKIM RIDZA
Di sebalik pelbagai cubaan serta halangan, kedewasaan mengajarnya lalu mentafsir semula laluan yang diharungi. Bekas pemain bola amatur juga adalah peserta rancangan realiti tv Mentor kelima, Aiman Hakim Ridza menatap jelas masa depan lantas menggalas tanggungjawab demi mencapai visi serta misi haluan yang didambakannya.

Dari padang bola sepak, pemuda ini mencuba nasib menghadiri uji bakat rancangan realiti TV Mentor bagi edisi kelima. Ditayangkan menerusi saluran TV3, Aiman Hakim Ridza dibimbing oleh penyanyi merangkap pemuzik terkenal tanah air Rahim Maarof. Aiman berjaya melayakkan diri sehingga ke pusingan keempat sebelum tersingkir. Kemudian, mencuba nasib pula dalam bidang lakonan. Lantas namanya melonjak sejurus membintangi siri drama Vanila Coklat (2011) di samping Izara Aishah. Walau bagaimanapun, gandingan mantap bersama Sharifah Sakinah menerusi telemovie komedi terbitan Astro, Girlfriend Aku Dari Neraka (2017) menjadi bualan hangat satu Malaya. Drama arahan Dira Abu Zahar itu memang pecah perut dan bagi memenuhi tuntutan penonton ia disambung secara bersiri di saluran Astro Warna.

Melangkah ke usia 30 tahun, pelakon yang mesra disapa Aiman dilihat semakin matang dalam membuat keputusan. Dia mungkin sudah hadap berbagai-bagai kontroversi bersama pasangan terdahulu. Teringat kembali waktu kami bekerjasama untuk GLAM bagi ruangan personaliti. Karakternya dulu agak dingin, namun keperibadiannya hari ini berubah drastik. Dia lebih senang untuk didekati dan menurutnya kedewasaan banyak mengajar diri lalu mentafsir semula laluan yang diharungi. “Kita guna mata untuk menilai, kemudian berganjak ke telinga untuk meluaskan radius kepekaan. Langsung memikirkan sebaik mungkin dengan akal dan bukannya bertindak dengan kata hati semata,” kata Aiman. Aku terkilan. Aiman hadir ke lokasi penggambaran untuk kolaborasi GLAM Lelaki X Coach Malaysia berkumpulan. Daripada pengurus juga pembantu peribadi, kesemua mereka mesra. Secara tidak langsung, memudahkan perencanaan hari penggambaran.
RELEVANSI ANAK SENI
Persalinan lengkap Musim Bunga/Panas jenama terkemuka Amerika, Coach sudah sedia tergantung pada lewat petang hujung Februari. Aiman hadir daripada set lokasi penggambaran sebelum ke studio di Ara Damansara. Saat pelakon merangkap penyanyi ini masuk ke perkarangan studio, kami memulakan perencanaan bermula dengan tatarias serta dandanan hasil air tangan jurusolek Khir Khalid. Mungkin ramai tidak tahu, pemuda ini adalah bekas pemain bola sepak amatur Malaysia. “Baru saja melangkah ke alam 30-an Januari lalu, Aiman berasal dari Johor dan merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Tiga lelaki dan satu perempuan,” jelas Aiman mula memperkenalkan diri kepada aku. “Aiman menekuni ilmu perakaunan. Namun, sebelum melanjutkan pelajaran saya mengikuti latihan praktikal di agensi periklanan Leo Burnett. Saya berkesempatan untuk mengenali Allahyarhamah Yasmin Ahmad dan Ali,” tambahnya lagi.
Jom saksikan momen belakang tabir yang sempat dirakam krew kami.
Teks: Zuhairie Sahrom
Penyelaras Dan Penata Gaya : Johan Kassim Dibantu Oleh Arie Sampornak, Syazwani Bustamam.
Arahan Seni : Mahirah Nadzlim Dibantu Oleh Afiq Bakiri
Gambar : @chee__wei
Grooming & Rambut: @khirkhalid(menggunakan @shiseido )
Pakaian: @coach 1941 Musim Bunga/Panas 2019
Untuk bacaan lanjut dapatkan isu April 2019 yang kini sudah berada di pasaran.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL PLAYLIST: 8 LAGU NYANYIAN NOH SALLEH PILIHAN GLAM LELAKI
Lagu Noh Salleh sebagai penyanyi utama kumpulan Hujan hingga ke keluaran solonya menjadi satu impak besar dalam dunia muzik di Malaysia.
FATTAH AMIN DEDIKASI UCAPAN ULANG TAHUN MENYENTUH HATI BUAT ISTERI, AMIRA OTHMAN
Ucapan penuh kasih Fattah Amin buat Amira Othman sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu menyentuh hati ramai peminat.
POP-UP ROSIE DARI ROSÉ KINI HADIR KE PULAU PINANG
Pop-up Rosie dari ROSÉ kini menjejakkan kaki ke Pulau Pinang selepas kejayaannya di Kuala Lumpur pada Jun 2025 yang lalu.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR
GLAM Lelaki bawakan pelakon yang sedang meningkat naik, Sky Iskandar sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
BAND INDIE MALAYSIA SEPERTI ARCTIC MONKEYS DAN THE NEIGHBOURHOOD
Temui band indie Malaysia seperti Arctic Monkeys dan The Neighbourhood: termasuk Masdo, Couple, dan ramai lagi.
KOSPET TANK T4 & M4: GAYA MASKULIN YANG DITEMPA UNTUK KETAHANAN
Temui KOSPET TANK T4 & M4: jam tangan pintar yang direka untuk lelaki berjiwa lasak. Direka dengan piawaian ketenteraan dan teknologi moden.











