Skip to content

HUBLOT JALIN KERJASAMA DENGAN JDT

Kongsikan artikel ini

Hublot, pengeluar jam tangan mewah dari Switzerland, baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan kelab bola sepakj Johor Darul Takzim (JDT). Dalam usaha berterusan menyatakan sokongan padu pada sukan bola sepak tempatan, Hublot kini menjadi jam tangan serta penjaga masa rasmi untuk kelab bola sepak gergasi itu yang juga juara enam musim berturut-turut saingan Liga Super Malaysia itu.

Bagi meraikan kerjasama ini, Hublot dan The Hour Glass telah melancarkan koleksi gambar-gambar kempen pertama ini dengam menampilkan barisan pemain-pemain bergaya dengan jam mewah ini. Antara pemain JDT yang terlibat adalah Corbin-Ong, Mauricio, Hariss Harun, Aidil Zafuan, Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera.

“Johor Darul Ta’zim FC adalah salah satu kelab utama dan paling bercita-cita tinggi di Asia Tenggara yang telah melebihi jangkaan semua orang sejak penubuhannya, menyatukan seluruh negeri serta memberi inspirasi kepada pemain muda. Adalah satu penghormatan bagi kami mengalu-alukan Johor Darul Ta’zim FC dalam keluarga Hublot.

Terima kasih dengan kerjasama ini, kami terus memperkasakan kehadiran kami di dunia bola sepak tempatan. Sebagai jenama jam mewah pertama yang melabur dalam bola sepak pada tahun 2006, Hublot sebenarnya telah lama sinonim dengan bola sepak dan JDT ternyata mempunyai sejarah dan reputasi yang hebat. Kelab ini berkongsi nilai, matlamat dan komitmen kami untuk kecemerlangan.” jelas Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot.

Jom kita saksikan gambar-gambar eksklusif kempen ini. (Sumber foto: The Hour Glass)

1 of 7

Mauricio, Hariss Harun & Corbin-Ong

1 of 7

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

EYKA FARHANA SELAMAT BERTUNANG BERSAMA PILIHAN HATI, AKHYAR RASHID

EYKA FARHANA SELAMAT BERTUNANG BERSAMA PILIHAN HATI, AKHYAR RASHID

Bacaan Lanjut
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

Bacaan Lanjut

KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut