BANTERAS BULI SIBER HABIS-HABISAN! SYAKIRIN SYAZWAN, PEGUAM TAMPAN YANG TULAR BERKONGSI TENTANG DIRI DAN MISINYA
Dunia digemparkan dengan kes kematian penyanyi dan hos Korea, Sulli yang didapati membunuh diri akibat depresi selepas dikecam serta dibuli secara atas talian. Malah, Rita Rudaini turut memfailkan kes terhadap individu biadab yang meninggalkan komen berunsur fitnah dan mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya. Namun di sebalik kes tersebut, lensa dan mata warga net turut tertumpu kepada kelibat seorang lelaki tampan di sebelah Rita ketika sidang medianya baru-baru ini.
Ya, lelaki yang dimaksudkan adalah Syakirin Syazwan, seorang peguam yang dilantik khas oleh Rita bagi menyelesaikan kemelut ini. Menariknya, ramai tertanya-tanya siapakah beliau yang sebenarnya? GL berkesempatan untuk menemubual Syakirin bertanyakan tentang diri serta misinya sebagai seorang peguambela dan peguamacara yang semakin popular. Teruskan membaca..
GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit tentang diri anda? Nama penuh, umur, adik beradik, kerjaya, hobi dan apa saja yang menarik tentang diri anda?
SYAKIRIN SYAZWAN: Pertama sekali, terima kasih kepada editor web GLAM Lelaki kerana sudi menghubungi saya. Baiklah, nama penuh saya ialah Mohd Syakirin Syazwan bin Mohd Nayan. Berumur 30 tahun dan merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik. Saya kini bekerja sebagai peguambela dan peguamcara, serta merupakan rakan kongsi di sebuah firma guaman. Ketika lapang, saya gemar bersukan terutamanya bermain futsal, berbasikal, bersenam di gim dan pada masa yang sama hiking/outdoor activities. Saya juga lebih gemar untuk meluangkan masa dengan melancong sama ada backpacking atau bersama keluarga kerana saya percaya happiness came from experience and adventure are precious than any other else. Saya juga adalah seorang yang suka berkawan tidak kira siapa dan mungkin peramah pada setiap masa.
GLAM Lelaki: Kenapa memilih karier sebagai seorang peguam? Jelaskan serba sedikit tentang profesion anda. Bila bermula? Pengalaman pahit / manis sepanjang bergelar seorang peguam.
SYAKIRIN SYAZWAN: Saya suka membantu terutamanya ketika seseorang dalam kesusahan. Pada masa yang sama, saya sukakan sesuatu yang mencabar. Disebabkan itu, saya memilih karier peguam sebagai medium untuk membantu orang ramai kerana skop kerja seorang peguam sentiasa membantu menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian seseorang. Saya memulakan pengajian sarjana muda undang-undang saya di Universiti Malaya dan telah mula menjadi seorang peguam yang sah pada tahun 2013.
Banyak pengalaman manis yang saya peroleh terutamanya, apabila anak guam yang disalah dakwa, menangis kegembiraan apabila dibebaskan oleh Mahkamah menerusi khidmat saya. Pengalaman pahit sudah tentu ketika perbicaraan Mahkamah pertama, tanpa apa-apa seliaan bos saya ketika itu!
GLAM Lelaki: Cabaran dihadapi oleh seorang peguam pada zaman kini. Boleh anda kongsikan.
SYAKIRIN SYAZWAN: Cabaran zaman sekarang sudah tentu apabila kehidupan kita seharian semakin canggih. Oleh itu, undang-undang juga makin berkembang supaya melindungi orang ramai daripada masalah-masalah yang baru, wujud disebabkan kecanggihan zaman kini. Peguam zaman kini perlu peka selaras dengan kecanggihan terkini serta undang-undang baru terutamanya, kes cyberbully yang kini meningkat dengan seriusnya. Dahulunya, tidak wujud kes-kes sebegini. Jadi peguam juga perlu arif tentang sistem IT untuk berjaya dalam kes-kes mereka.
GLAM Lelaki: Pendapat anda tentang isu yang viral baru-baru ini, dan kenapa seorang artis digalak mengambil tindakan terhadap netizen-netizen yang membuli di atas talian. Bagus atau tidak?
SYAKIRIN SYAZWAN:
Cyber bully semakin menjadi-jadi pada masa kini kerana tiada keseriusan dalam membendungnya. Dan cyber bully juga banyak tertumpu kepada artis kerana populariti mereka. Pada pendapat saya, buli siber telah menjadi suatu masalah sosial di negara kita dan boleh diibaratkan suatu ‘hobi’ yang buruk. Ia akan mendatangkan banyak kesan negatif kepada mangsa/artis.
Ruangan dan perlindungan undang-undang telah diwujudkan oleh kerajaan, oleh itu orang ramai terutamanya artis perlu peka terhadap hak mereka apabila menjadi mangsa cyber bully. Di luar negara, sudah terdapat artis yang hinggakan membunuh diri akibat cyber bully ini!
GLAM Lelaki: Dek kes baru-baru ini, anda juga turut mulai tular di laman sosial berikutan personaliti dan ketampanan anda. Adakah anda menjangka akan menerima perhatian sebegini?
SYAKIRIN SYAZWAN: Saya tidak langsung menyangka, malah ada sebahagian berita yang dilaporkan lebih tertumpu kepada diri saya daripada isu yang sebenar. Mulai penularan/viral tersebut, saya mendapati ramai mulai follow saya di Instagram malah ada yang DM untuk berkenalan. Walau bagaimanapun, saya sentiasa mengingati diri supaya fokus kepada perkara-perkara positif daripada viral tersebut.
GLAM Lelaki: Anda juga dilihat handal bergaya dan sentiasa tampil segak dan kemas. Apakah rahsia penjagaan tubuh badan / personaliti yang anda amalkan menurut perspertif seorang peguam.
SYAKIRIN SYAZWAN: Saya percaya semua orang tidak kira peguam atau pun tidak, perlu menjaga kesihatan tubuh badan, dalaman dan luaran. Di kala kesibukan kerja sebagai peguam, saya kekalkan jadual harian supaya saya dapat bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Saya tidak mensasarkan untuk mendapatkan tubuh badan yang tertentu.
Saya lebih suka kepada mantra “fitness is lifestyle”. Di samping itu, “personality comes from inner beauty.” Oleh yang demikian, sentiasa berfikiran positif dan baik-baik sahaja kerana itu yang sebenarnya membuatkan anda menarik!
GLAM Lelaki: Terjun dalam bidang seni. Thoughts?
SYAKIRIN SYAZWAN: Sebelum ini memang saya telah berjinak dengan modeling iklan ketika saya masih di universiti. Kerana ia juga salah satu hobi dan minat saya di samping karier sebenar saya. Walau bagaimanapun, setelah mula berkerjaya sebagai peguam, jadual harian mulai sibuk saya kurang lagi terlibat dengan cabang bidang seni seperti sebelum ini. Mungkin juga makin tua saham makin turun.
GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam tempoh 5 tahun akan datang.
SYAKIRIN SYAZWAN: The same and simple Syakirin Syazwan, in a better version! InsyaAllah.
GLAM Lelaki: Kata-kata terakhir anda bagi sesiapa yang menyokong karier anda.
SYAKIRIN SYAZWAN: Saya amat berterima kasih kepada semua orang yang wujud dalam kehidupan saya dari dulu sehingga sekarang, tidak kira yang menyokong ataupun tidak, kerana semua itu yang membentuk saya sekarang. Tidak lupa juga, keluarga saya yang merupakan insan-insan yang tidak lokek dengan tenaga dan masa dalam menyokong karier saya. Saya amat menghargai anda semua sepertimana anda hargai saya. You Only Live Once! (YOLO).
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Peminat fanatik Beyonce akan berpeluang menonton RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCE yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Dato’ Sri Bernard Chandran sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal dan berbakat besar malah digelar sebagai King of Fashion Malaysia.
“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Tomok sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus gemilang mewarnai industri muzik tanah air.
“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Khoon Hooi sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar label fesyennya dalam industri fesyen tempatan dan luar negara.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.