SINERGI BARU BUTIK MCM
Mula beroperasi awal November, butik MCM berwajah baru tersedia untuk kunjungan di Pavilion Kuala Lumpur, berkeluasan 1,872 meter per segi. Konsep butik MCM yang baru ini terbahagi kepada dua tema ini, yakni identiti MCM dan penginovasian budaya masa kini, selaras dengan sasaran MCM yang terarah golongan muda. Sistem pencahayaan telah dipertingkatkan, manakala ruang butik hadir lebih luas untuk menempatkan koleksi pakaian RTW lelaki dan perempuan.

Ia memudahkan pengunjung untuk membelek pakaian dan mencubanya sebelum membeli kerana bilik salin pakaian turut melengkapi butik baru MCM kali ini. Selesa dan luas, jaminan buat kepuasan pengunjung. Aksesori lelaki bermula dari beg sandang, beg galas, fanny pack, bagasi kembara sehinggalah ke aksesori kecil kulit kekal menjadi tarikan jejaka urban ke butik MCM.

Rak-rak kukuh yang memenuhi sudut butik menyimbolkan jati diri Jerman, asala-usul jenama ini, yang mana mengekspresikan individualiti, serta ‘global journey’ yang menjadi pegangan MCM sejak dahulu lagi. Paparan skrin LED besar yang memaparkan kempen fesyen MCM merencanakan wawasan baru fesyen, menjadi salah satu jenama fesyen yang akur kepada mengasimilasikan kemajuan teknologi. Menjadikan dunia fesyen lebih bercorakkan kekinian dan kemodenan. Masa yang sempurna untuk penggemar fesyen mendapatkan rekaan MCM yang terkini untuk memenuhi gerobok fesyen anda.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











