FIGURA FESYEN BERPENGARUH 2019
TAHUN 2019 MENYAKSIKAN PELBAGAI PERUBAHAN KETARA MELALUI ASPEK-ASPEK TERTENTU, BAIK DALAM BIDANG POLITIK, KEPIMPINAN DAN HIBURAN SEMASA. TAK TERKECUALI LAPANGAN FESYEN. LIMA FIGURA FESYEN INI MEMILIKI PENCAPAIAN HEBAT DAN DIJULANG PALING BERPENGARUH SEPANJANG 2019. WHO ARE THEY?
- DANIEL LEE
 

Hashtags #NewBottega terhasil dan tular dengan berleluasa selepas Daniel Lee mempersembahkan koleksi sulungnya untuk label Bottega Veneta. Trend dan falsafah lama Bottega Veneta terhapus serta merta sejak Daniel mengetuai pasukan kreatif Bottega Veneta. Pemuda tersebut pada awalnya menimbulkan kesangsian pada bakatnya, namun telah berjaya mengolah identiti Bottega Veneta terarah lebih segar, kreatif dan moden dalam jangka masa lapan bulan sahaja. Daniel Lee turut meraih tiga anugerah utama di The Fashion Awards 2019.
2. VIRGIL ABLOH

Koleksi lelaki Louis Vuitton kembali menjadi buah mulut orang disebabkan impak kemasukan Virgil ke rumah fesyen agung tersebut. Kegemilangan hasil kerjanya di Off-White antara sebab Virgil merupakan individu fesyen paling berpengaruh tahun ini. Virgil berjaya membawa pengaruh streetwear dalam koleksi high end yang secara tak langsung menjadi ikutan jenama lain. Pengaruh tersebut kini telah berleluasa secara global. Virgil ternyata berjaya membawa perubahan terhadap Louis Vuitton yang kini lebih relevan.
3. CLARE WAIGHT KELLER

Kehadirannya dalam rumah fesyen Givenchy, memberi satu nafas baru dan merevolusikan pengertian baru fesyen lelaki. Pendapatnya, mengenai menswear, rekaannya bukan menyimbolkan kewanitaan, malah ia mengertikan louche, kemewahan dan flirtatious dengan cara baru. Menepati kehendak pasaran semasa, masakan tidak himpunan Givenchy antara yang paling unik, terdepan dan mengilhami pelbagai inspirasi buat lelaki yang gemar berfesyen.
4. HARRY STYLES

Harry Styles mendefinisikan semula the new masculinity dengan caranya yang tersendiri. Bermula dengan penampilannya di majlis MET Gala, dia terus memukau dunia dengan ajnas red carpet look yang kini membawa maksud baru. Red carpet look bukan lagi sekadar berjalan di atas karpet merah, now it’s all about sending messages. Sejak dari itu, para selebriti lelaki mula mementingkan gaya karpet merah. Pada 2019 juga, Harry Styles ditampilkan dalam kempen fesyen Gucci dan melahirkan album baru dengan produksi-produksi muzik video yang berkolaborasi dengan Gucci dan Allesandro Michele merangkap Pengarah Kreatif Gucci.
5. JONATHAN ANDERSON

Label Loewe berevolusi sejak Jonathan Anderson menceburi Loewe sebagai Pengarah Kreatif yang rasmi. Membawa banyak perubahan kepada jenama tersebut dan kini kembali menduduki senarai label fesyen yang hangat. Berikutan pengaruhnya yang kuat, beberapa jenama fast fashion mengajaknya untuk mengadakan kolaborasi fesyen. Misalnya, Uniqlo yang sudah pun melancarkan himpunan bersama J.W Anderson selama beberapa musim.
Mengupas budaya selebriti dan trend gaya hidup masa kini
Tags
Artikel Yang Berkaitan
INSPIRASI LELAKI MODEN: KETAHANAN, DISIPLIN & GAYA HIDUP SIHAT
Ketahui cara figura lelaki moden Malaysia kekal sihat dan fokusi. Disiplin, kecergasan & keseimbangan antara "core" lelaki moden hari ini.
5 FILEM LAKONAN QI RAZALI YANG WAJIB DITONTON SEMULA
5 filem terbaik Qi Razali yang wajib ditonton, termasuk Babah bersama Sweet Qismina — aksi, emosi dan karisma dalam satu senarai.
GLAM LELAKI SENARAIKAN PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-34
Majlis Anugerah Festival Filem Malaysia ke-34 menyaksikan pelbagai karya tempatan berentap sebagai karya terbaik di Malaysia.
RECAP GL THE MAN AWARDS 2025: 10 BEST LOOK PILIHAN GLAM LELAKI
GLAM Lelaki memilih 10 best look yang menjadi pilihan kami pada hari acara GL The Man Awards 2025, bertemakan black & sleek.
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA
Malaysia kini dipenuhi dengan wajah-wajah muda di dalam dunia lakonan tempatan menjadikan industri ini lebih berkembang.
GL THE MAN AWARDS 2025: MALAM PENUH GAYA, INSPIRASI DAN PESONA LELAKI MODEN
Malam GL The Man Awards 2025 meraikan figura lelaki berpengaruh seperti Ridzman Zidaine, Noh Salleh dan Alpha, ikon gaya pilihan pembaca.






				




