Skip to content

SEMPENA TAHUN BARU CINA, ADIDAS ORIGINAL LANCAR KOLEKSI ISTIMEWA M.U

Kongsikan artikel ini

Menjengah ke tahun baru, perayaan Tahun Baru Cina juga bakal diraikan tidak lama lagi. Bagi meraikan perayaan istimewa ini pada 25 Januari depan, jenama sukan gergasi antarabangsa tidak ketinggalan memeriahkan suasana dengan pelancaran koleksi eksklusif dengan diselitkan simbol Naga buat kelab Manchester United (MU).

Kelab bola sepak Inggeris popular ini mengeluarkan beberapa versi item berona merah yang dikemas kini dengan cetakan naga di hadapan, belakang serta kedua-dua lengan. Kemeja ini dikhabarkan mempunyai reka bentuk yang seakan masa dengan baju 2018 Adidas x EA Sports.

Pada leher tersergam khas logo Adidas yang disaluti emas bersama lencana kelab Manchester United yang terkenal. Sebagai tambahan kepada kit khas ini, pelbagai jenis pakaian turut ditawarkan seperti jumper, kemeja, sweatshirt dan lain-lain yang diperagakan oleh bintang-bintang utama United, Daniel James, Scott McTominay dan Marcus Rashford.

Koleksi ini boleh dimiliki di butik Adidas yang terpilih atau secara atas talian dengan harga RM389. Go grab it now! 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut