SEGAN KE GIM? TINGKATKAN KEYAKINAN DENGAN 5 LANGKAH INI
Gim merupakan salah satu tempat pilihan buat individu yang baru hendak berjinak-jinak bersenam dan memulakan aktiviti kecergasan mereka. Namun dek masih belum memiliki tubuh badan idaman atau tidak memiliki kepakaran menggunakan alatan gim, kebanyakan mereka mudah merasa segan dan malu untuk ke gim. Maklumlah, gim dipenuhi dengan pelbagai jenis pengunjung. Ini secara tidak langsung menyebabkan tahap keyakinan diri anda berkurangan dan seterusnya membuatkan anda kurang selesa di sana. Oleh itu ikuti tip yang GL sediakan ini.
1. LAWAT DAN PILIH
Tip pertama yang boleh anda lakukan adalah melakukan recce terlebih dahulu. Lawati dan jenguk dahulu pusat senaman yang memberi keselesaan maksimum dari segi peralatan disediakan, ruang senaman, kemudahan dan lokasi pusat senaman tersebut. Periksa juga yuran yang dikenakan agar ia bersesuaian dengan bajet yang telah anda sediakan. Sekiranya ia dilihat sesuai dengan ‘selera’ anda, teruskan namun jika anda masih merasa ragu, tidak salah untuk anda pilih yang lain.
2. JANGAN BERSEORANGAN
Sekiranya pada awalnya anda merasa segan mahupun malu, kunjungilah gimnasium bersama rakan atau keluarga. Elakkan bersenam berseorangan sekiranya tidak yakin dengan rutin mahupun peralatan yang disediakan. Yang pasti, sokongan sosial adalah penting dalam kehidupan seseorang individu termasuk dalam konteks bersenam. Dengan adanya mereka, anda akan lebih bermotivasi dan lama-kelamaan rasa segan dan malu itu akan hilang dengan sendirinya.
3. UPAH JURULATIH PERIBADI
Bagi anda yang masih baru dalam memulakan rutin senaman, ilmu pengetahuan yang betul mempengaruhi kelangsungan amalan senaman tersebut. Dengan adanya jurulatih peribadi, anda akan mendapat tunjuk ajar yang sepatutnya serta khidmat nasihat mengenai pemakanan dan diet yang berkesan juga. Malah, anda tidak akan berasa segan, ini kerana jika anda dapat lihat di dalam gim nanti ramai yang menggunakan khidmat jurulatih peribadi. Namun ingat, pastikan jurulatih peribadi itu betul-betul bertauliah dan diiktiraf ya.
4. PEMILIHAN WAKTU
Kebanyakan gim akan dikunjungi pengunjung terutama sekali selepas waktu bekerja. Buat anda yang masih malu dan segan, elakkan mengujungi gim di waktu tersebut. Jika anda memilih waktu yang tidak sibuk maka anda mempunyai lebih banyak peluang untuk berinteraksi dengan jurulatih serta menggunakan lebih banyak alatan di sana.
5. JANGAN MALU BERINTERAKSI
Interaksi amat penting sewaktu di gim sekiranya anda masih baru dalam bidang kecergasan. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Oleh itu, jangan berat mulut untuk bertanya kepada pengunjung lain atau pekerja-pekerja di gim tersebut untuk apa saja bantuan. Percayalah, mereka tidak akan menghakimi anda.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“DAH BOLEH KAHWIN!” – BEN AMIR SEDIA BERGELAR SUAMI
Perkongsian terbaru Ben Amir mengejutkan netizen sekali gus mengundang tanda tanya adakah dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
15 FOTO DETIK PENTING PERMAISURI RANIA YANG JARANG DILIHAT
Lihat momen terpenting dalam kehidupan Permaisuri Rania dari Jordan sejak dilahirkan sehingga kini.
PERSIAPAN HAMPIR SIAP, SHUIB TERUJA BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA
Shuib bakal melangsungkan perkahwinan keduanya dengan Watie Hanifiah pada 23 Jun ini setelah hampir dua tahun memegang status bapa tunggal.
16 JENIS FOBIA YANG DIALAMI AHLI KUMPULAN BTS
Jungkook dilaporkan fobia dengan bunyi ketuhar gelombang mikro, bagaimana pula dengan ahli kumpulan BTS yang lain?
MAKNA ISTIMEWA DI SEBALIK NAMA ANAK KEDUA PUTERI EUGENIE & JACK BROOKSBANK
Dua tahun bergelar ibu, Puteri Eugenie dikurniakan seorang lagi putera pada 30 Mei lalu.
AARON AZIZ, IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH
Sebuah video yang menunjukkan Datuk Aaron Aziz dan Iedil Putra berdiri sepentas dengan Chris Hemsworth tular, sekali gus mengujakan peminat.