Skip to content

MENGEJUTKAN! PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN KELUARGA DIRAJA

Kongsikan artikel ini

Mengejutkan! Itulah respon orang ramai serta warganet selepas baru-baru ini, Putera Harry dan The Dutches of Sussex, Meghan Markle mengumumkan untuk mengundur diri dari menjadi anggota senior keluarga Diraja serta sistem keluarga Diraja England. Khabarnya, mereka berdua sepakat meninggalkan kehidupan yang dibayar oleh pembayar cukai kepada kehidupan berasaskan mata pencarian dari hasil kewangan sendiri.

Foto: Getty Images

Perkara ini diumumkan sendiri dalam satu hantaran terbaharu di Instagram, dengan menyatakan bahawa mereka mahu mencipta peranan baru dalam institusi ini. Menurut laporan Mirro.co.uk, pasangan itu membuat keputusan  akan berpindah ke Amerika Utara tahun ini.

“Kami berhasrat meninggalkan keluarga Diraja dan bekerja secara bebas sambil terus memberi sokongan penuh kepada Ratu Britain, Elizabeth II,” sambung mereka lagi.

https://www.instagram.com/p/B7EaGS_Jpb9/

Namun sebaik sahaja pengumuman mengejutkan itu dikeluarkan, Ratu Elizabeth II akhirnya mengeluarkan kenyataan melalui Pejabat Ratu Britain memberi amaran terhadap kenyataan tersebut yang menceritakan permasalahan sulit sedang berlaku.

“Kami memahami keinginan mereka untuk mengambil pendekatan yang berbeza, tetapi ini adalah masalah yang rumit dan akan mengambil masa yang lama untuk dibincangkan,” katanya. Sementara itu, sumber istana memberitahu ahli keluarga Diraja tidak tahu mengenai pengumuman itu malah agak terguris dengan kenyataan Putera Harry yang nyata dijangka.

Meghan mengawini Putera Harry pada 2018, dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Archie Mountbatten-Windsor pada 6 Mei 2019. Sementara itu, kedua-dua mereka masih lagi dalam perbincangan untuk membesarkannya dengan memberi penghargaan kepada tradisi Diraja.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

the weeknd KL

PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut