JACKIE CHAN TAWAR RM580,000 HASILKAN PENAWAR KORONAVIRUS
Bintang aksi tersohor dan popular Hong Kong, Jackie Chan menawarkan ganjaran 1 juta yuan (RM587,709) kepada mana-mana pihak yang berjaya menghasilkan penawar wabak koronavirus. Dek tahap keseriusan wabak itu yang semakin meruncing, Jackie Chan berharap ada pihak yang berjaya untuk berbuat demikian.
Menurut sumber, aktor yang membintangi filem terbaharu, Vanguard itu memuat naik status di aplikasi Weibo pada Selasa tentang rasa prihatinnya ke atas epidemik koronavirus yang kini melanda China dan puluhan lagi negara di dunia. Seniman itu berharap untuk menghulurkan bantuan semampunya selain memberikan sokongan kepada pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan.

“Sains dan teknologi adalah kunci utama untuk mengekang gejala berkenaan. Saya percaya semua orang pun beranggapan begitu. Tidak kira mana-mana individu atau organisasi yang berjaya menghasilkan penawar koronavirus, saya mahu berterima kasih kepada mereka dengan jumlah 1 juta yuan,” katanya.
Chan bagaimanapun berharap agar orang ramai tidak memandang serong atas niatnya itu. Status Chan menerima lebih 53,000 tanda suka selain mendapat maklum balas positif daripada netizen.
“Ini bukan soal duit. Saya tidak mahu lagi melihat jalan-jalan yang semakin sepi dan rakan-rakan senegara saya berperang dengan virus itu sehingga ada yang sudah terkorban sedangkan mereka patut menikmati kehidupan,” jelasnya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.











