Skip to content

INTI PATI HEBAT SERUM WHITENING DARI KOSÉ

Kongsikan artikel ini

Kulit mudah kusam dan rosak dek pencemaran serta pemanasan global yang terjadi, sekali gus menghakis impian anda untuk memiliki kulit wajah yang sihat, berseri dan cerah. Namun, kini anda tidak perlu risau lagi! KOSÉ kini hadir dengan serum pencerahan hasil dari uji kaji berpandukan penyelidikan dan teknologi bersama Kurume University School of Medicine, iaitu One By Kosé.

 

Faedahnya, One By Kosé terbukti secara klinikal mampu menghapuskan bintik hitam dari sumbernya dengan menggunakan empat bahan yang kuat dan unik, bertindak secara langsung di kawasan dalam kulit yang menghasilkan pigmentasi. Antara bahan yang tersenarai adalah:

  1. Ekstrak Quince China – menyekat pengaktifan melanocyte dengan melemahkan isyarat untuk mencipta melanin, mencegah sel epidermis daripada menerima jumlah melanin yang banyak.
  2. Resveratrol – Antioksidan yang berkesan meminimumkan pengeluaran melanin dengan mengurangkan tahap tyrosinase dalam kulit, sekali gus menyusutkan bintik hitam dan mengurangkan tahap melanin.
  3. Ekstrak Meshimakobu – Sejenis kulat yang terbukti berkesan pada bintik gelap dan telah digunakan sejak zaman dahulu kala di Jepun. Mengurangkan tyrosinase dan menghalang pematangan melanosomes, mencegah pengeluaran jenis empat melanosomes secara berlebihan.
  4. Asid Kojik – Ejen pencerahan yang boleh dipercayai selama 32 tahun sehingga sekarang. Berkesan pada melanosits secara langsung dengan menangkap ion tembaga yang mengaktifkan tyrosinase dan berkesan menghalang pengeluaran melanin yang berlebihan.

Yang pasti, serum ini sesuai untuk semua jenis kulit, dengan hasil yang cepat serta nyata selepas penggunaan dan semestinya mampu mencegah pigmentasi yang tidak diingini. Satu botol 40ml One By Kosé boleh didapati pada harga RM208.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

Bacaan Lanjut

BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA

Bacaan Lanjut
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

Bacaan Lanjut
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

Bacaan Lanjut
GL PLAYLIST: 10 LAGU UNTUK MEMBERI HYPE KETIKA BERSENAM

GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM

Bacaan Lanjut
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026

TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026

Bacaan Lanjut