BOYHOOD BLISS
SEMANGAT KESUKANAN DAN BERDAYA KEPEKAAN TERHADAP ASPEK COUTURE SERTA MENYIMPUL KEUNGGULAN GAYA LELAKI MODEN MENJADI PERTARUHAN LOUIS VUITTON MUSIM BUNGA 2020. PRESTASI KESUKANAN BERGABUNG ELEMEN FEMININ LANGSUNG MEMECAH NORMA GAYA LELAKI.
COUTURE STREET WEAR

The game is on! Louis Vuitton mahukan konsumer mereka bebas berekspresi. Melalui trik itu, karakter lebih bertambah melalui penampilan. Aspek keselesaan yang ditonjolkan melalui ilham kesukanan yang tersemat, dimanifestasikan lagi dengan bergabung elemen ‘couture‘ lalu membawa kombinasi di luar jangkaan. Membabitkan kewibawaan dan daya kreatif Virgil Abloh dalam menghasilkan himpunan ini.
Comfort is now combined with making a statement. Tiada halangan lagi untuk golongan lelaki menonjolkan sisi yang tersendiri. Jelas pada tekstur dan reka bentuk aksesori musim ini yang diperbaharui melalui pemilihan warna, rupa dan material.
THE SUIT REINVENTED


Sepasang sut konvensional bukanlah percaturan Louis Vuitton untuk musim ini. Olahan kreatif sut yang menafaskan kekinian berupaya mempelbagaikan gaya-daripada gaya yang mengakali orang dengan membawa mesej ‘business suit’ kepada sesuatu yang mencadangkan ‘the party suit’.
Kebanyakan rekaan sut musim ini melanggar peraturan, seperti yang dipersembahkan potongan yang berganda. Siluet seluar boot cut menjadikannya sebagai kontras untuk rekaan sut yang dipersembahkan. Ada elemen couture yang tersemat pabila diamati sebaiknya.
FLOWER CHILD

Akrab dengan tema musim bunga, Louis Vuitton tak terkecuali menghadirkan rekaan berinspirasikan flora. Louis Vuitton mengulang trend ‘the garden boys’ dengan butiran floral dan kuntuman bunga hidup yang meronai pentas fesyen Louis Vuitton.
Cara penggayaan nampak luar biasa dengan tidak mempamerkan cara suai padan yang tipikal kelihatan. Virgil banyak melapiskan jaket atau kot trench di atas ceraian utamanya. Ala-ala layering for spring, mengapa tidak?
Jambangan bunga hidup yang menghiasi aksesori utama seperti harness nampak sedikit radikal dan ekspresif pada perincan-perinciannya. Senang untuk digayakan, namun perlukan keyakinan yang tinggi untuk dipadankan dengan keterampilan dan identiti peribadi.
Mengupas budaya selebriti dan trend gaya hidup masa kini
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MILAN & PARIS FASHION WEEK MEN’S SS27: SIAPA SELEBRITI ASIA YANG HADIR?
Seperti biasa, Milan dan Paris Fashion Week SS27 kali ini dihadiri oleh selebriti Asia yang mewakili jenama masing-masing, dengan penuh gaya.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
PRADA SS27, MENENTANG ‘USELESS DESIGN’
Prada SS27 menentang ‘useless design’ menerusi koleksi 'Clarity'. Saksikan bagaimana Jaehyun NCT & Troye Sivan menghidupkan visi minimalis.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.











