Skip to content

Tirai Minggu Fesyen Milan Bakal Dibuka Secara Atas Talian

TIRAI MINGGU FESYEN MILAN BAKAL DIBUKA SECARA ATAS TALIAN

Kongsikan artikel ini

Minggu fesyen Milan bakal berlangsung pada awal tahun 2021 seperti yang diumumkan penganjur acara tersebut. Berikutan situasi pandemik Covid-19 masih menimbulkan tanda tanya, agak mustahil untuk mengadakan sebarang peragaan secara fizikal. Sebaliknya, pameran koleksi baharu perlu beralih kepada tontonan atas talian. Berita ini dikongsi oleh presiden Italian Chamber of Fashion, Carlo Capasa di saat persidangan kemuncak fesyen di negara itu.

Upacara pentas minggu fesyen bagi koleksi persalinan lelaki akan berlangsung pada 15 hingga 19 Januari manakala pakaian wanita bakal diperlihat di tanggal 23 Febuari 2021.

Fesyen yang merupakan identiti dan industri kedua terbesar Itali begitu terkesan situasi semasa yang melanda seluruh dunia. Tahun ini sahaja ia mengalami kerugian lebih RM 141 bilion yang dicatat setakat bulan September lalu. Purata empayar fesyen mengalami penurunan jualan sangat mendadak yakni 27% dalam sukut ketika 2020. Impak yang dirasai memaksa rumah fesyen bertindak lebih inovatif dalam strategi pemasaran mereka.

Artkel berkenaan: 5 BINTANG FESYEN ASIA 2019

Minggu fesyen Milan yang berlangsung September lalu mengaut 45 juta tontonan umum. Sebanyak 156 koleksi dipersembahkan secara fizikal juga siaran atas talian. “Ini melambangkan semangat warga Itali yang sentiasa dahagakan perisian fesyen serta berharap pentas peragaan bakal dibuka semula”, ujar Capasa.

By Nisa' Halid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

20 STAIL SELEBRITI LELAKI DI MILAN & PARIS MEN’S FASHION WEEK

20 STAIL SELEBRITI LELAKI DI MILAN & PARIS MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
gucci spring summer 2025

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN GUCCI SPRING SUMMER 2025 DI SINI

Bacaan Lanjut
Zegna Summer 2025

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN ZEGNA SUMMER 2025 DI SINI

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
zegna winter 2024

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN ZEGNA WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut