Skip to content

MAHMOOD, IKON FESYEN BAHARU?

Kongsikan artikel ini

PENYANYI, MAHMOOD MERUPAKAN ‘NEW-GEN’ STYLE STAR. PENGARUH FESYEN YANG DIMILIKINYA TELAH MENARIK MINAT PELBAGAI JENAMA FESYEN UNTUK BEKERJASAMA, TERMASUKLAH RICCARDO TISCI DAN BURBERRY. 

Orang kita mungkin kurang kenal siapa Mahmood. Penyanyi asal Itali ini, belum lagi memiliki lagu hit, namun dia semakin mendapat tempat di kalangan pengikut fesyen. Dialah ikon fesyen baharu yang mesti dikenali. Sudah pun ligat menghiasi muka hadapan majalah dan editorial fesyen terkemuka, seperti GQ Middle East, Vanity Fair dan Luomo Vogue.

Memulakan langkah dalam bidang seni dengan menyertai pertandingan realiti Eurovision dan X-Factor, anak muda ini mula menunjukkan imej yang segar sewaktu muncul dalam beberapa episod program X-Factor, menggayakan helaian fesyen berjenama, antaranya Vetements.

 

mahmood fashion icon

mahmood new fashion icon

mahmood new fashion icon

mahmood fashion icon

Minat Mahmood dalam fesyen usah dinafikan lagi. Seringnya, Mahmood berkongsi gambar-gambarnya dalam rekaan ‘designers labels’ menerusi akan Instagram-nya. Penata gaya peribadi Mahmood wajar menerima pujian. Tiap stail yang ditata oleh penata gaya peribadinya cukup ‘cool’!

Identiti fesyen Mahmood bukanlah dikira unik lagi, menariknya dia berani bereksperimen dan mencuba stail-stail baru tanpa menghiraukan streotaip orang lain.

Mahmood akan pakai apa yang dirasakan selari dengan personalitinya. Mahmood kerap dirakam dalam rekaan yang ‘bold’ dan menonjolkan karakter peribadinya. Sesuatu yang wajar dijadikan inspirasi dalam berfesyen buat para lelaki sekarang.

Berikutan karakter fesyen luar biasanya, Mahmood pernah disunting Riccardo Tisci merangkap Pengarah Kreatif Burberry, untuk menampilkannya dalam kempen fesyen Holiday 2019. Sejak daripada itu, Mahmood sering tampil dalam rekaan Burberry, sama ada sewaktu membuat persembahan mahupun luar waktu bekerja.

Kebelakangan ini, Mahmood semakin bijak bergaya dengan memilih rekaan ilham Prada, MSGM dan Balenciaga pabila mengadakan persembahan.

Gambar: sumber Google

 

 

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN MAL HAMKA

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN AZIZ HARUN

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI

Bacaan Lanjut
glam lelaki lee jeans

SESI EKSKLUSIF #STYLEDBYJK BERSAMA GL GANG DAN JENAMA DENIM, LEE

Bacaan Lanjut

EKSPRESI BOLD CALVIN KLEIN UNTUK MUSIM BUNGA 2025

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN SYAFIQ KYLE

Bacaan Lanjut