DANIEL W FLETCHER UBAH GEROBOK FESYEN LELAKI
Mungkin boleh dibilang, debut utama Daniel W Fletcher adalah melalui siri Next in Fashion terbitan Netflix. Dalam siri pencarian bakat baru dunia fesyen, dia dilihat sebagai seorang pereka fesyen yang begitu senyap. Tidak loud jika dibandingkan dengan para lawannya. Namun, senyap-senyapnya membawa dia hingga ke final show. Cuma tuah sebagai pemenang tidak berpihak pada Fletcher. Ia tidak membantutkan pereka asal London itu untuk maju dalam dunia rekaan.

Daniel w. Fletcher
Daniel W Fletcher adalah graduan Central Saint Martins dan koleksi akhir tahunnya membuka rezeki yang luas. Pada 205, Harry Styles memilih untuk membeli setiap koleksi graduannya dan sejak daripada itu tidak putus menyokong dan menyarungkan himpunan Fletcher. Jalan kerjayanya jua membantu dalam membentuk citarasa Fletcher. Sebelum melancarkan jenama peribadi, dia terdahulu melalukan praktikal di James Long. Sesudah itu, langkah laju ke Louis Vuitton, Victoria beckham dan Lanvin.

Himpunan musim bunga 21 oleh Daniel W Fletcher

Dalam masa membina jenamanya, misi Fletcher juga adalah untuk menyusun semula aturan fesyen buat jejaka. Dia mengambil pengalaman membesar di Britain dan cuba mengolah semula apa sekelilingnya. Gaya genderless menjadi lebih kabur dibawa amatan kreatif Fletcher. Setiap gaya akan disulamkan sentuhan lebih feminin untuk memberi rentak lain pada maskulin.Provokasi gaya ini yang meletakkan dia sebagai peneraju utama generasi pereka fesyen semasa.

Himpunan Fiorucci oleh Daniel W Fletcher

Debut Fletcher di Fiorucci
Tahun lalu menyaksikan resume Daniel w. Fletcher bertambah hebat. Dia dijemput oleh Fiorucci, jenama asal Itali untuk memegang jawatan sebagai pengarah kreatif buat koleksi lelaki. Terus himpunan pertamanya di Fiorucci dijulang sebagai diantara debut terbaik tahun 2020. Sesuai benar dengan pujian oleh Sarah Mower, pengkritik fesyen yang melihat Fletcher sebagai pereka fesyen terbaik buat generasi online kini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











