Skip to content

ANAK-ANAK SELEBRITI TERKENAL BERGELAR ‘INFLUENCER’ FESYEN

Kongsikan artikel ini

MUNGKIN ADA YANG KURANG ‘FAMILIAR’ DENGAN MEREKA. ANAK-ANAK SELEBRITI INI MULA MENINGKAT NAIK KERANA ADA IDENTITI TERSENDIRI, SELAIN ITU PUNYA PENGARUH FESYEN YANG KUAT. SELAYAKNYA BERGELAR ‘INFLUENCER’ FESYEN YANG BAHARU.

1. Jude Law & Rafferty Law

Mungkin ada yang tak percaya akan pasangan anak beranak ini. Jangan terkejut, sungguh pun aktor Jude Law kelihatan muda, namun hakikatnya dia memiliki beberapa orang anak yang sudah remaja. Rafferty Law dan Iris Law antara anak Jude Law yang paling popular. Aura fesyen yang terdapat pada anaknya sangat luar biasa. Rafferty Law semakin giat menghadiri acara fesyen dan disunting untuk dijadikan muka hadapan majalah dan editorial fesyen. Raff juga penyeri acara fesyen Coach seria dianggap sebagai rakan jenama yang tetap. Stakat ini, Raff banyak dirakam menyarung rekaan jenama ‘luxury’ seperti Dior, Louis Vuitton dan Dolce&Gabbana.

2. DAVID BECKHAM & ROMEO BECKHAM

Sekarang adalah giliran Romeo Beckham. Anak muda ini merupakan anak lelaki kedua pasangan Beckham. Wajah dan fizikalnya semakin matang dan diperhatikan memiliki identiti fesyen yang lebih ‘refined’ dan unik berbanding abang sulungnya, Brooklyn. Romeo Lebih bijak berfesyen. Ada kalanya, Romeo tampil ‘classy’ dalam rekaan tuksedo, dan ada masa yang lain, selesa dalam helaian ‘streetwear’. Romeo menganggap Justin Bieber sebagai rujukan gayanya. Gaya mereka berdua ada persamaan. Sejak kanak-kanak lagi, Romeo mula menghadiri acara fesyen dan wajahnya pernah menghiasi kempen musim percutian Burberry.

 

3. WILL SMITH & JADEN SMITH

Pujian ajar diberikan kepada Will Smith. Will memberi kebebasan kepada anak lelakinya, Jaden Smith untuk mengeksplorasi dan bereksperimen dengan identiti gayanya. Jaden pun berani mencabar ego dan ‘masculinity’-nya dengan mencuba pelbagai gaya dalam membentuk identiti. Kini, Jaden adalah wajah yang menjadi rebutan banyak klien fesyen. Untuk beberapa musim lepas, Louis Vuitton menampilkan Jaden dalam kempen fesyen ‘womenswear’ Louis Vuitton. Konsep tersebut membawa arus fesyen lelaki dan wanita ke tahap yang lebih tinggi. Evolusi gaya Jaden patut difokuskan.

 

4. PIERCE BROSNAN, DYLAN BROSNAN & PARIS BROSNAN

Rupa anak-anak lelaki Pierce Brosnan seperti model sebenar. Rupa paras dan fizikal dua anaknya, Dylan dan Paris memenuhi kriteria seorang model ‘high fashion’. Lain betul rupanya pika dibandingkan dengan bapa mereka. Momen fesyen pertama mereka islah sewaktu dilantik sebagai ‘Golden Globes Ambassador’ di acara Golden Globes yang lalu. Mereka dikatakan mewarisi bakat seni bapanya dalam bidang seni lakon dan pembuatan filem. Klien-klien fesyen sudah mula memfokuskan kepada Dylan dan Paris. Pastinya tak lama lagi dua anak muda itu akan muncul dalam mana-mana kempen fesyen. Kita tunggu sahaja.

 

5. TOMMY LEE & BRANDON THOMAS LEE

Anak kepada pasangan berpengaruh era-90’an, Tommy Lee dan Pamela Anderson, Brandon Thomas Lee mula mencipta nama dalam lapangan fesyen. Kehadiran Brandon dalam fesyen bermula dengan menghadiri acar fesyen, seterusnya ditampilkan dalam editorial fesyen dan sekarang bergeler ‘influencer’ fesyen. Memiliki jumlah pengikut Instagram yang tinggi, Brandon bukan sekadar berlatar belakangkan bapa selebriti. Minatnya dalam fesyen boleh nampak. Kerana Brandon kerap berkongsi gambar-gambarnya kala ‘bermain’ fesyen.

6. CINDY CRAWFORD & PRESLEY GERBER

Nama Presley Gerber tidaklah semegah adiknya, Kaia Gerber dalam dunia fesyen. Presley, anak kepada supermodel Cindy Crawford, tidaklah menceburi bidang fesyen secara serius. Agaknya, apa yang mendatang, dia akan terima. Presley lebih kepada ‘instaboy crush’. Banyak anak-anak muda yang menggilainya dan sering ingin ambil tahu tentang perkhabaran baru Presley. Presley ada identiti gaya tersendiri. Berdasarkan akaun Instagram-nya, Presley berani bereksperimen dengan pelbagai gaya. Dia tidak malu untuk berkongsi gambar yang memaparkan stail bukan menjadi kelaziman lelaki. Bagusnya anak muda sekarang (golongan Gen Z), mereka tersangat bersikap terbuka dalam fesyen. Presley pernah tampil dalam editorial fesyen untuk pelbagai majalah, seperti CR Fashion. Dan mengambil bahagian dalam pementasan Dolce & Gabbana di Minggu Fesyen Milan.

Sumber gambar: Google

Artikel berkaitan: Dekati Rangkaian Kaca Mata Ciptaan David Beckham 

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

Bacaan Lanjut

CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®

Bacaan Lanjut
tod's melium group

TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN

Bacaan Lanjut

ADIB CAROLINE, GENERASI BAHARU FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut

ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU

Bacaan Lanjut