Skip to content

Kiehl's

KEPERLUAN WAJIB PENJAGAAN KULIT WAJAH

Kongsikan artikel ini

Secara semula jadinya, kulit merupakan organ paling besar yang ada pada manusia. Ketahui keperluan wajib penjagaan kulit wajah.

Terdapat beberapa kategori kulit wajah seperti kering, berminyak, mahupun jenis kombinasi, menjadikan pertimbangan dalam memilih produk agak runsing buat kaum lelaki. Melembapkan kulit wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur) telah lama dianggap sebagai komponen asas dalam rutin penjagaan kulit wajah, tetapi kebanyakan lelaki tidak mengamalkan rutin ini. Pelembap yang baik akan memberikan keajaiban pada wajah, dan sudah tiba masanya untuk kaum lelaki juga membiasakan diri dengan produk yang paling penting dalam kabinet bilik mandi anda. Untuk membantu anda melayari perbatasan dandanan baru yang berani ini, jenama penjagaan kulit terkenal, Kiehl’s dari New York memperkenalkan dua pilihan terbaik untuk mencapai keberkesanan yang sama.

Kiehl's Ultra Facial Cream

Sesuai untuk kulit jenis kering

Produk ikonik yang telah dilancarkan di sekitar tahun 2005, pelembap nombor satu dari Kiehl’s iaitu Ultra Facial Cream menampilkan aksi pelembap selama 24 jam, serta terkenal dengan formula ultra-penghidratan yang memberi serta mengunci kelembapan buat kulit. Sesuai buat kulit wajah yang kering, formulanya diuji secara klinikal untuk memperbaiki dan menguatkan penghalang kelembapan, permukaan kulit terasa lebih lembut, licin, dan kelihatan lebih sihat. Setelah beberapa kali penggunaan, kulit akan rasa lebih segar tanpa rasa melekit atau berminyak. Tekstur Ultra Facial Cream ini kaya bak sutera menjadikan kulit menjadi sempurna sambil memberikan penghidratan yang tahan lama, dan faedah pemulihan kulit. Antara rumusan aktif dalam produk ini adalah Squalane dan Glikoprotein glasial yang berasal dari zaitun.

Kiehl's

Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream sesuai buat kulit jenis berminyak atau kombinasi

Selain itu, jenis kulit yang lebih berminyak pula cenderung menghadapi masalah dehidrasi dan sebagai tindak balas terhadap keperluan pengguna yang semakin meningkat untuk penghidratan bebas bersinar, Kiehl’s kini memperkenalkan Ultra Facial Oil-Free Gel Cream. Merupakan krim jenis gel yang bebas minyak, dirumus khas buat jenis kulit wajah yang berminyak atau kombinasi. Pertama kali dilancarkan pada tahun 2013, tetapi kini dengan formulasi yang baharu. Krim ini diasaskan bebas dari alkohol, mempunyai tekstur gel yang menyejukkan, seiring dengan teknologi ramuan khusus yang berfungsi untuk mengurangkan penampilan sebum berlebihan pada kulit. Ia juga menyerap pantas untuk kemasan bebas residu, memberikan penghidratan penting dan pengurangan sinaran yang tahan lama untuk kombinasi dan kulit berminyak, walaupun dalam keadaan panas, atau persekitaran yang tercemar. Antara campuran ramuan inovatif digunakan di dalam produk ini adalah Glacial Glycoprotein yang berasal dari glasier laut, serta Asid Amino Mikronisasi baru.

Artikel berkaitan 5 RUTIN PENTING PENJAGAAN KULIT MUKA LELAKI

 

 

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Rutin Penjagaan Kulit

4 RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN ANDA

Bacaan Lanjut

NAK KULIT MULUS? CUBA 5 TONER TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK INI

Bacaan Lanjut
BADAN JERAWAT? INI LANGKAH MENGATASINYA

BADAN JERAWAT? INI LANGKAH MENGATASINYA PALING PANTAS

Bacaan Lanjut

BRIGHT DEDAHKAN RAHSIA KULIT PUTIH LELAKI THAI

Bacaan Lanjut

BEBAS JERAWAT! RAWAT WAJAH DAN IKUT STEP INI

Bacaan Lanjut
Kiehl's

RAIKAN TAHUN BARU BERSAMA KIEHL’S

Bacaan Lanjut