Skip to content

doraemon

DORAEMON JADI WATAK UTAMA BUAT GUCCI

Kongsikan artikel ini

Kini tiba masa untuk sambutan Tahun Baru Cina pula. Rasakan baru sahaja lepas memeriahkan malam Natal. Cepat masa berlalu dan beruntung kita hidup dalam negara majmuk. Tahun Baru Cina kali ini bertahunkan lembu. Tapi kisah di Gucci memilih jalan yang lain. Mereka tidak mengabadikan lembu sebagai watak utama koleksi Lunar 2021. Tetapi mengajak kucing robot abad XXII sebagai wajah utama. Tentu ada yang masih kabur, si kucing robot itu adalah sahabat baik Nobita, si Doraemon. Comel berbadan biru serta tidak berekor. Gucci pada 12 Januari lalu melancarkan koleksi Doraemon x Gucci!

doraemon

Doraemon x Gucci

Ia lengkap daripada koleksi ceraian hingga kasut juga beg. Karakter Doraemon ini digabungkan bersama logo Gucci serta monogram GG. Juga sebagai tanda sambutan Tahun Baru Cina, Gucci turut melancarkan satu watak Doraemon yang bertanduk. Lucu, sebagai tanda meraikan Tahun Lembu 2021. Lebih menarik dengan kempen yang dibintagi sendiri oleh si kucing robot ini dan ia menawarkan satu momen joyful. Kempen dirakam oleh Angelo Pennetta dengan arahan kreatif oleh Alessandri Michele sendiri.

Doraemon

Kempen khas Gucci buat Tahun Lunar 2021

Kempen khas Gucci buat Tahun Lunar 2021

Gucci juga melancarkan satu pengalaman digital khas buat koleksi Tahun Baru Cina ini. Hanya perlu muat turun aplikasi Gucci dan terus skan pada Gucci Artwalls yang mempunyai lukisan Doraemon. Terus ada satu koreografi menarik yang ditarikan oleh si kucing robot. Gucci Artwalls yang didedikasikan buat koleksi ini terdapat di Hong kong dan Shanghai.

MESTI MILIKI

Pautan Berkenaan: THE NORTH FACE X GUCCI KOLABORASI HANGAT 2021

 

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENDALL JENNER DAN BAD BUNNY BINTANG DALAM KEMPEN BAHARU GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut
“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

Bacaan Lanjut
IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE

IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE

Bacaan Lanjut
Van miro & wujo

KOLEKSI KASUT VANS EKSKLUSIF BERSAMA MIRO & WUJO SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Bacaan Lanjut

KOPI KEGEMARAN ANGEL CHEN UNTUK TAHUN BARU CINA

Bacaan Lanjut