Skip to content

7 Buku Buat Rujukan Gaya Lelaki Tahun Ini

Kongsikan artikel ini

Bersempena PKP ini, ambil peluang untuk membaca buku fesyen dalam menceduk inspirasi penggayaan lelaki moden masa kini.

 

Jika anda mencari hobi baharu tahun ini, saya sarankan anda untuk mula membaca buku. Buku adalah salah satu pelaburan yang terbaik. Ia ada medium yang mampu membuka mata dan hati pembaca ke dimensi yang tersendiri. Selain dapat memberikan inspirasi, buku juga adalah cara terbaik untuk anda habiskan masa terluang di rumah.

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan, apa kata anda ambil kesempatan ini untuk membaca tujuh buah buku inspirasi fesyen yang juga sesuai dijadikan coffee table book nanti.

1. ICONS

Oleh Nike, Virgil Abloh & Taschen

Nike, Virgil Abloh dan Taschen kini bersatu dalam projek untuk menghasilkan sebuah buku eksklusif. ICONS mengeksplorasi semua kolaborasi sniker hangat antara Nike x Off-White dengan lebih terperinci dan mendalam. Dari proses kreatif kepada apa yang berlaku di balik tabir, peminat berpeluang juga untuk melihat text asal daripada Virgil Abloh kepada pereka di Nike. Boleh didapati bermula 5 Februari 2021.

2. London Sartorial: Men’s Style From Street to Bespoke

Oleh Dylan Jones

London adalah ibu kota buat pergerakan sartorial lelaki dunia. Buku tulisan Dylan Jones yang merupakan editor-in-chief majalah GQ ini menunjukkan mengapa London menjadi pilihan dari gaya tradisional kepada ilham moden terkini. Turut menampilkan legenda fesyen seperti Paul Smith dan Vivienne Westwood, selain barisan penggerak fesyen muda London.

3. Stan Smith: Some People Think I’m A Shoe

Oleh Stan Smith

Mula dihasilkan sejak 1970-an, sniker Stan Smith adalah antara desain kasut yang paling ikonik sehingga kini. Pemain tenis, Stan Smith yang meminjamkan namanya kepada kasut Adidas meraikan legasi di sebalik sejarah sniker ini melalui penghasilan sebuah buku. Ia menampilkan koleksi foto gaya jalanan di seluruh dunia, selain menjadi kegilaan ramai termasuklah Pharrell Williams.

4. Supreme

Oleh Supreme

Supreme adalah antara label fesyen yang paling berperanguh di dunia. Sejak mula diasaskan sekitar 25 tahun lalu, label yang bermula sebagai kedai papan luncur di kota New York kini telag menjadi jenama global yang menjadi kegilaan ramai. Tidak dilupakan, kolaborasi hangat bersama Louis Vuitton. Buku ini menampilkan momen selama lebih dua dekad sejarah Supreme yang penuh warna.

5. Paul Smith – 50th Anniversary Book

Oleh Phaidon

Pereka fesyen ikonik United Kingdom, Paul Smith meraikan ulang tahunnya yang  ke-50 di dalam industri fesyen dengan penghasilan sebuah buku yang istimewa. Monograf ini akan merakamkan semangat unik pereka legenda itu melalui 50 objek yang dipilih sendiri oleh Sir Paul Smith. Eksplorasi dari pementasan fesyen pertamanya di Paris, pembukaan butik di Floral Street, London kepada koleksi terbaharu dan kolaborasi.

6. Gucci: Dapper Dan’s Harlem

Oleh Ari Marcopoulos

Gucci meneruskan kolaborasi bersama Dapper Dan dengan sebuah buku yang luar biasa. Ia memaparkan foto-foto yang dirakamkan di kejiranan Harlem ni New York oleh jurufoto dan pepmbuat filem Ari Marcopoulos. Ia turut menampilkan rakan-rakan Gucci dan Dapper Dan sendiri. Buku edisi terhad ini hanya mempunyai 500 salinan sahaja.

7. Garçon Style: New York, London, Milano, Paris

Oleh Jonathan Daniel Pryce

Buat peminat seni fotografi gaya jalanan, buku ini adalah yang terbaik buat anda. Jonathan Daniel Pryce atau dikenali sebagai Garçon Jon merupakan jurufoto yang terkenal dengan gambar gaya jalanan di kota fesyen utama. Buku ini menampilkan 300 gaya jalanan terbaik, dalam ilham stail yang boleh dijadikan inspirasi fesyen buat semua lelaki.

 

Baca lebih lanjut: 5 FILEM BAHARU ANDA BOLEH TONTON SEPANJANG PKP INI

 

 

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

singlet

5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!

Bacaan Lanjut
OUTFIT LELAKI

OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut

FELIX STRAY KIDS DAN SHO HIRANO ANTARA YANG MENGHADIRI LOUIS VUITTON MEN PRE-FALL 2024 DI HONG KONG

Bacaan Lanjut

KENDALL JENNER DAN BAD BUNNY BINTANG DALAM KEMPEN BAHARU GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton men ss24

LIVESTREAM PERTUNJUKAN LOUIS VUITTON MEN SS24 DI SINI – GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut