Skip to content

RYAN DORSEY TITIP UCAPAN HARI JADI BUAT MENDIANG ISTERI, NAYA RIVERA

Kongsikan artikel ini

Tanggal 12 Januari 2021 merupakan ulang tahun kelahiran mendiang Naya Rivera yang ke-34 dan bekas suaminya, Ryan Dorsey tidak mahu ketinggalan memberi penghormatan sempena hari istimewa tersebut.

Dorsey memuat naik foto hitam putih mereka termasuk anak lelaki, Josey dengan ucapan khas. “Terasa luar biasa dengan kenyataan bahawa kamu sudah tiada. Jika itu masuk akal, namun semua ini masih terasa tidak masuk akal… 34. Masih terngiang-ngiang kamu berkata ‘Ah, saya sudah tua sekarang!’ Rest easy old lady,” tulisnya.

Pelakon Yellowstone itu juga dilihat menziarah makam bekas isterinya di Los Angeles pada hari yang sama. Rivera meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah tasik di California pada Julai tahun lalu.

 

Foto: Dailymail.co.uk

 

Bekas bintang Glee itu dilaporkan hilang pada 8 Julai selepas menaiki bot bersama anak lelakinya yang ketika itu berusia empat tahun. Lima hari kemudian, dia disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui oleh pihak berkuasa.

Dua bulan kemudian, Dorsey bercakap mengenai kesedihannya selepas kematian Rivera dan setelah fotonya bersama adik perempuan Rivera, Nickayla dirakam pada awal September lalu.

“Rasanya saya kehilangan berat badan lebih 20 paun. Saya tidak dapat tidur lena. Saya bersedih setiap hari. Saya bangun, saya tidur dengan perasaan duka setiap malam, sambil menatap siling. Saya menatap dinding dan berfikir, betapa beruntungnya saya kerana masih mempunyai ibu dan masih dibantu olehnya sehingga ke hari ini. Kemudian saya berfikir, anak saya tidak akan mendapat peluang yang sama di masa hadapan,” luahnya panjang lebar.

 

Foto: Dailymail.co.uk

 

Dorsey yang bergelar suami kepada bintang Step Up: High Water ini dari tahun 2014 hingga 2018 turut berkata, dia berasa pilu apabila terpaksa memberitahu Josey bahawa ibunya kini sudah bergelar “malaikat”.

Dia turut menjernihkan spekulasi tidak manis yang mengatakan dia tinggal bersama Nickayla di Los Angeles. Jelasnya, Josey bertanya jika makciknya itu boleh tinggal bersama mereka. “Saya terpaksa menunaikan permintaan Josey di saat sukar ini. Apa yang dia minta dan apa yang dia perlukan sekarang ini adalah keluarga. Walaupun anda tahu ia hanyalah sementara, bukan selamanya.”

 

Foto: Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic

 

Pautan berkaitan: OLIVIA WILDE TEMUI CINTA BAHARU, JASON SUDEIKIS PATAH HATI

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut