SCUDERIA FERRARI BERKUASA KUDA?
Teks: Sufian Sapari
Ferrari kali ini hadir dalam bentuk jam tangan, melalui koleksi Scuderia Ferrari, untuk mendekatkan jenama ini dengan penggemarnya.

Red Rev Evo, RM839, Scuderia Ferrari
RED REV EVO
Memiliki bentuk ergonomik serta dail multi-laras dan inspirasi perincian kereta lumba, model Red Rev Evo menyerlahkan case ion keluli dengan diameter 46mm. Mata pasti meluru terus ke tali silikon hitam bertekstur bunga tayar dengan jalur merah melilit seluruh tali. Manakala sub-dail pada kedudukan 7:00 mewujudkan ciri teknikal seakan enjin terbuka yang boleh dilihat di bawah bonet kereta Ferrari.

Speciale, RM649, Scuderia Ferrari
SPECIALE
Terdapat dua saiz case iaitu 44mm dan 38mm dalam keluli tahan karat ataupun pilihan keluli saduran ion dalam hitam, emas kuning atau rose gold. Juga diberi seleksi antara gelang keluli tahan karat atau rekaan strap silikon.
Tampil bergaya dengan tema warna klasik pasukan Ferrari, mencerminkan imej sporty dan maskulin. Dail menawan dihiasi tekstur honeycomb mirip gril depan kereta lumba.

Speciale Evo, RM1,399, Scuderia Ferrari
SPECIALE EVO
Kronograf ini dikuasakan kuarza tepat di samping punya sub-dail dilingkari bezel mini bertekstur bulatan memusat. Simbol satu karakter yang performance-driven, rekaan Speciale Evo memaparkan bezel dengan font F1 pada indeks minit, dengan segmen rev berkontra dan sisi berciri ridged mencadangkan estetika yang bold.

Gran Premio Automatico edisi terhad, RM3,435, Scuderia Ferrari
GRAN PREMIO AUTOMATICO
Musim ini, Scuderia Ferrari mempersembahkan jam tangan edisi terhad Gran Premio Automatico dalam rekaan penuh dramatik. Gentian karbon pada tali silikon bertekstur yang dibangkitkan bersama lambang Scudetto di bahagian bawah case yang berdiameter 47mm ini. Ia direka dalam keluli ion saduran hitam dan dilanjutkan hingga ke bezel sport hitam, turut terukir merah nama
SCUDERIA FERRARI.
Di sisinya pula terdapat crown Cavallino manakala tekstur menyerupai gentian karbon, bahan automotif klasik pada dail hitam diperincikan dengan Scudetto kuning dan sudut bacaan waktu serta jarum jam berwarna merah cukup memberi kontra mewah.
Model ini dikeluarkan dalam edisi terhad kepada 300 utas bernombor siri. Ia kalis air hingga kedalaman 50meter/ 5 atm dan terdapat 2 tahun jaminan.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.










