BIBIT ROMANTIS DALAM PENYATUAN DUA JIWA
Raikan cintamu sehangat pasangan Jamie Dornan dan Birgit Kos dalam kempen wangian Pure Accord oleh BOSS.
Menggamit kenangan manis bersama kala semburan terlayang di udara. Seperti mengikat memori lama, setiap aroma punya mesej tertentu. BOSS menampilkan koleksi duo terbaru dalam mengeksplorasi momen romantis sambil mengikat janji cinta.
Sempena sambutan Hari Kekasih, pasti menjadi satu hari penting buat pasangan kekasih dalam menghangatkan cinta mereka. Koleksi duo ini adalah pilihan buat lelaki dan wanita yang ingin menjelajahi dunia cinta lebih romantis dan baru. Kisah menarik disebalik kempen Pure Accord ini yang menampilkan pasangan model terkenal Jamie Dornan dan Birgit Kos yang berkongsi kisah cinta serba sensual lagi menyerlahkan cinta lebih mendalam.

Seperti ke dimensi lain, koleksi Pure Accord untuk lelaki bawakan elemen segar dan eksotik. Berbeza dari sebelum ini, Kala semburan seperti menyatukan satu cerita buat dua jiwa. Gabungan intipati buah Maninka yang eksotik serta halia menghidupkan aroma serba unik dan tersendiri. Aroma asas dari white suede kelihatan lebih sempurna dalam botol Eau de Toilette ini. Reka bentuk botol ini menggunakan kaca flacon lutsinar, dilengkapi dengan hiasan sangkar logam. Penggunaan butiran kelabu gelap dan perak mencerminkan ciri maskulin, sesuai dengan elemen yang ada dalam wangiannya.
Artikel berkaitan 4 WANGIAN UNISEKS WAJAR DICUBA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











