THE ONITSUKA TIGER ATTITUDE PENUH KARAKTER
Kini memang dunia yang cukup inklusif. Bukan sahaja jenama fesyen yang memadukan idea daripada dunia kesukanan. Malahan, jenama sukan dan gaya hidup juga telah mula menghargai dunia fesyen. Itu yang terhasil di gedung Onitsuka Tiger. Dimana, jenama asal jepun ini tidak mahu kalah dalam penghasilan koleksi fesyennya . Namun, masih utuh pada DNA jenama mereka yang berinovasi tinggi dalam hal penghasilan produk. Lagi sekali dapat dilihat melalui koleksi musim bungda 2021 mereka yang meneruskan rekaan beritma kontemporari serta berinovasi tinggi. Melalui koleksi The Onitsuka Tiger Attitude ini terserlah karakter jenama ini.

Melalui koleksi ini, lahir empat tema yang berkisar dunia sukan layar serta pergerakan angin. Tema pertama adalah The Sailing Kite dimana rekaannya menggunakan fabrik kemasaan washer yang diberi jahitan zig-zag untuk memberi penghormatan pada pelayaran kapal layar. Manakala tema The Clean Lines pula terhasil menggunakan fabrik nilon twill yang tahan lasak juga berkemasan berkilat untuk tambah mewahnya.

Kempen The Onitsuka Tiger Attitude
The Onituka Tiger Attitude juga menyajikan koleksi bertema The Vintage is Now. Ia menaruhkan rekaan berunsur klasik daripada koleksi sukan terdahulu cuma hadir dalam siliuet dress, skirt atau ceraian harian lain. Terakhir adalah The Working Progress yang mengangkat rona soft beige dan putih sebagai palet asas.

PAUTAN BERKEAAN: SKECHERS X CHINATOWN MARKET, CERMINAN STREETWEAR DENGAN SENTUHAN SENI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”
"Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa bersukan merupakan salah satu cara paling efektif untuk melepaskan tekanan," Kuyin Kamaruddin.
TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK
Kota-kota di Asia kini menjadi tempat pelancongan yang wajib dikunjungi lebih-lebih lagi buat penggemar fesyen.
NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI
Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi tarikan untuk pencinta sukan dan gaya hidup aktif iaitu pembukaan New Balance Run Hub.











