DIMAZ VINNO, BERKONGSI PERIHAL FESYEN DAN ‘UPDATE’ TERKININYA
DIMAZ VINNO, PENGURUS BESAR JOVIAN MANDAGIE SDN BHD, MERUPAKAN INDIVIDU PENTING DISEBALIK PENGURUSAN DAN PENJENAMAAN LABEL FESYEN, JOVIAN MANDAGIE. DIA JUGA ANTARA YANG STYLISH DALAM KELOMPOK SOSIALIT ERA BAHARU. DI SAMPING AKTIF MENGURUSKAN KERJAYANYA SEWAKTU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), GLAM LELAKI SEMPAT BERBUAL PERIHAL FESYEN DAN PERKHABARAN BAHARU DIMAZ.
1. PERKHABARAN BAHARU DIMAZ?
Sejak awal Januari lepas, saya agak sibuk dengan urusan kerja, yang mana terdapat banyak produk yang akan dilancarkan dalam masa sebulan. Saya perlu memantau penghasilan produk-produk tersebut di pejabat. Selain bekerja, saya bergiat aktif melakukan senaman untuk mengekalkan bentuk badan yang fit.
2. DIMAZ SUKAKAN FESYEN. YOU HAVE A GREAT SENSE OF STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI FESYEN DIMAZ?
Terima kasih atas pujian itu. Gaya peribadi saya memerihalkan stail yang asas dan klasik, yang mana saya tahu ia boleh dipakai dengan gaya yang pelbagai. Jika sebelum ini, saya gemar memakai baju-baju yang ‘bold’, tetapi sekarang stail saya bertukar menjadi ‘minimal urban’ dan santai, dengan sedikit sentuhan ‘sporty’.
3. APAKAH RUJUKAN FESYEN DIMAZ?
Tentunya sumber nomber satu saya iaitu aplikasi Instagram. Ada kalanya, saya rujuk fesyen-fesyen dari filem atau siri televisyen yang saya tonton. Walau bagaimanapun, saya turut membaca GLAM Lelaki untuk dijadikan panduan gaya saya.
4. DIMAZ BEKERJA DALAM BIDANG PERNIAGAAN FESYEN. HOW DO YOU INCORPORATE BUSINESS WITH FASHION?
Dalam bidang kerja saya, sesuatu benda itu berubah dengan repat. Anda perlu ada idea kreatif baru setiap hari, mengikuti trend semasa dan tetap bersikap radikal dalam peraturan strategi perniagaan anda. Saya perlu tahu perbezaan antara apa yang ‘boleh dijual’ dan apa yang ‘senang’ dilihat.
Harus menghasilkan koleksi atau produkter yang cantik untuk dibeli orang, pertama anda perlu berfikir adakah itu yang dicari-cari orang? Do people get the style? Adakah ia memberi anda pulangan dan keuntungan untuk mengekalkan perniagaan anda? Pada akhirnya, saya harus dapat menadaptasikan jenis fesyen atau hala tuju gaya yang sesuati untuk perniagaan.
5. TREND FESYEN PALING DIMAZ SUKA?
Sejak kebelakangan ini, saya banyak mengeksplorasi penampilan ‘Korean relaxed look’ seperti kemeja T longgar dengan seluar berpotongan longgar. Dan saya ni jenis yang suka ton warna semula jadi. Ia telah menjadi warna pilihan utama saya kala membeli baju.
6. BISAKAH FESYEN MENGUBAH DUNIA? JIKA YA, BAGAIMANA?
Obviously yes! Saya percaya yang seringkas mana sekali pun baju yang anda pakai, ia boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Tetapi fesyen sekarang lebih daripada sekadar memakain pakaian yang cantik-cantik, ia adalah untuk menyampaikan mesej kepada dunia.
Banyak jenama sekarang yang menukar hala tuju kepada jenama gaya hidup- mendidik mereka dan mewujudkan komuniti yang lebih baik dengan strategi tersendiri dalam mempromosikan produk mereka atau mewujudkan kesederan untuk kesejahteraan dunia dan masyarakat.
7. PEREKA FESYEN/LABEL FESYEN/INDIVIDU YANG DISUKAI? MENGAPA?
Pereka fesyen: Tom Ford (kerana saya sukakan stail peribadinya yang klasik dan ‘sleek’)
Label fesyen: Dior Men, Kith, Cold Laundry dan Uniqlo (Jenama fesyen berikut adalah apa yang saya rasakan paling relevan selaras dengan konteks fesyen sekarang. They speak right through me)
Individu: Dennis Van Peel, Park Seo Joon, Jackson Wang, David Beckham & Kanye West. (Mereka adalah individu-individu yang saya terfikir boleh bawakan gaya yang baik dalam penggayaan harian mereka. I can definitely relate to what they wear on my own dressing).
8.TIP FESYEN UNTUK LELAKI?
Don’t overdo yourself. Tiada apa yang akan terhasil kalau trying too hard. Sama ada apa yang anda pakai atau bagaimana menonjolkan keperibadian anda. Cukuplah dengan jadi sebenar dengan gaya yang sesuai untuk anda. Sebaik sahaja anda menjumpai stail yang menepati identiti anda, yang lain akan hadir secara semula jadi.
Artikel berkaitan: DEKATI HADRI HASHIM, BERBUAL TENTANG KERJAYA & FESYEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KHALIL WAHID, “JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN KOMEN NEGATIF!”
GLAM Lelaki bersembang dengan Khalil Walid. Dia mula menarik perhatian dengan kandungan memasak dengan gaya dan suntingan video tersendiri.
ENAM PEREKA FESYEN SOLO LELAKI YANG BAKAL BERAKSI DI KLFW 2025
Ketahui tujuh pereka fesyen solo lelaki yang bakal mementaskan koleksi terbaharu mereka di KLFW 2025 yang akan datang.
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN
Koleksi musim bunga/panas 2026 Bernard Chandran, BC Beach Culture memberi gabungan kreatif di KL Men's Fashion Week tahun ini.
SETIAP LELAKI PERLU TAHU LIMA CARA INI UNTUK ELAK MULUT BERBAU BUSUK
Ketahui lima tips berkesan untuk mengelakkan mulut berbau busuk khas untuk lelaki.
SHUKRI YAHAYA KEKAL RELEVAN DAN CEMERLANG SEBAGAI PELAKON DRAMA & FILEM MESKI SUDAH 13 TAHUN DALAM INDUSTRI
Shukri berkongsi sisi peribadinya; tentang watak yang mencabar minda, penghijrahan isteri tercinta, definisi kejayaan sebenar dan rahsia untuk terus bersyukur meski berada di puncak populariti.
TOP 7: MODEL BARU LELAKI DI SEBALIK RUNWAY PALING HANGAT
Peragaan fesyen lelaki tahun 2025 telah mengubah stigma masyarakat. Ini senarai model baru lelaki tahun 2025 di pentas fesyen global.