10 FILEM TERBAIK LAKONAN JARED LETO
Sejak lewat tahun 90-an, Jared Leto mencipta nama dalam bidang filemografi dengan membawakan pelbagai watak mencabar di layar perak. Glam Lelaki menyenaraikan 10 filem terbaik Leto termasuk yang baharu, The Little Things.
10. CHAPTER 27 (2007)
Foto: Peace Arch Entertainment
Leto mengalami perubahan fizikal paling dramatik untuk peranannya dalam filem ini sebagai Mark Chapman. Dia menaikkan berat badan sebanyak 30 kilogram untuk memegang watak sebagai pembunuh vokalis The Beatles, John Lennon. Dalam filem tersebut, Leto berjaya membuatkan penonton memahami dengan baik siapa Chapman yang sebenar dengan lakonannya yang menjadi. Namun malangnya, dia menderita gout disebabkan kenaikan berat badan melampau.
9. SUICIDE SQUAD (2016)
Foto: IMDb/Warner Bros
Dia memberikan sentuhan unik ke dalam wataknya sebagai penjahat DC Comics ikonik ini. Lakonannya yang luar biasa sebagai Joker mendapat reaksi berbeza daripada peminat dan pengkritik. Namun untuk bersikap adil, dia hanya tampil beberapa saat di dalam filem ini, jadi agak sukar untuk memberi penilaian sebenar tentang mutu lakonannya.
8. URBAN LEGEND (1998)
Foto: Sony
Leto tidak terlepas daripada kegilaan filem slasher pada lewat tahun 90-an. Dalam filem ini, dia menjadi ketua kepada sekumpulan anak muda (Joshua Jackson, Rebecca Gayheart, dan Tara Reid) yang menjadi mangsa keganasan si penjahat. Melalui filem ini, dia mula mendapat tawaran hebat daripada pembuat filem.
7. GIRL, INTERRUPTED (1999)
Foto: Columbia Pictures
Setahun selepas Urban Legend, Leto ditawarkan watak jejaka penyayang iaitu bekas teman lelaki Susanna (Winona Ryder). Toby (Leto) cuba meyakinkan Susanna untuk lari bersama ke Kanada, namun dia menolak dan terus menetap di hospital mental.
6. FIGHT CLUB (1999)
Foto: 20th Century Fox/Fight Club
Satu lagi peranan kecil namun meninggalkan kesan di hati penonton. Dalam klasik David Fincher ini, Leto membawa watak sebagai ahli kelab pertarungan yang dipukul dengan begitu teruk sehingga wajahnya menjadi cacat. Leto ditawarkan peranan yang jauh lebih besar dalam filem Fincher tiga tahun kemudian.
5. PREFONTAINE (1997)
Foto: Buena Vista Pictures
Ini merupakan kali pertama Leto ditawarkan peranan utama. Dia berlakon sebagai pelari jarak jauh, Steve Prefontaine, salah seorang yang bertanggungjawab membantu pelancaran running boom pada tahun 70-an sebelum kematiannya pada usia 24 tahun. Ini adalah contoh pertama di mana Leto membuktikan dia bukan sekadar berwajah kacak, malah mampu mempamerkan persona atlet Prefontaine di litar larian dengan cukup baik.
4. THE LITTLE THINGS (2021)
Foto: Nicola Goode/Warner Bros
Peranan Leto di dalam filem ini pasti membuat anda terpana. Memegang watak sebagai suspek utama pembunuhan bersiri bernama Albert Sparma, dia mencuri tumpuan dengan penampilan rambut panjang berminyak dan ekpsresi wajah mengerikan. Malah pengkritik mengatakan, lakonan Leto yang menyelamatkan filem ini walaupun ia turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Denzel Washington dan Rami Malek.
3. PANIC ROOM (2002)
Foto: Sony
Selepas lakonan hebatnya dalam Fight Club, dia ditawarkan watak penjahat dalam filem David Fincher yang seterusnya. Dalam filem ini, Leto Forest Whitaker dan Dwight Yoakam memainkan watak sebagai perompak yang memecah masuk ke dalam kediaman milik Jodie Foster dan anaknya, Kristen Stewart untuk mencuri sesuatu yang sangat berharga.
2. DALLAS BUYERS CLUB (2013)
Foto: Focus Features/Dallas Buyers Club
Dia memenangi anugerah Oscar kerana peranannya sebagai pondan yang menghidapi HIV. Dalam filem ini, Leto menjadi rakan baik kepada watak utama, Ron yang dilakonkan oleh Matthew McConaughey. Namun ini bukanlah peranan terbaiknya dalam filem.
1. REQUIEM FOR A DREAM (2000)
Foto: Artisan Entertainment/Requiem for a Dream
Leto memainkan watak sebagai seorang lelaki dari Pulau Coney yang bergelut dengan ketagihan heroin yang tidak terkawal. Akibatnya, dia bukan sahaja kehilangan teman wanita (Jennifer Connelly) malah juga lengannya. Leto mempamerkan mutu lakonan yang luar biasa di dalam filem ini, membuatkan namanya mencanak naik di persada seni.
Foto: Dimitrios Kambouris/Getty Images
Pautan berkaitan: BEN AFFLECK AKUI TERIMA WATAK BATMAN DEMI ANAK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SELEBRITI LELAKI YANG BERGELAR GRADUAN HARVARD
Bintang A-list ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
Regé-Jean Page Bakal Menjadi James Bond Seterusnya?
Regé-Jean menangani khabar angin beliau mengenai spekulasi terbaru mengenai dia bakal menjadi James Bond yang seterusnya setelah keluar dari Bridgerton.
JEFFREY DEAN MORGAN DEDAH RAHSIA HILANG 18KG BERAT BADAN
Dia melakukannya dalam cara yang sangat unik namun mungkin membahayakan tubuhnya!
Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal
Perubahan budaya dan teknologi semakin drastik, namun, satu perkara yang masih tetap berterusan tanpa berubahan: idea bagaimana masculinity dikemukakan.
JARED LETO SEBAR KESEDARAN CEGAH BUNUH DIRI MENERUSI KEMEJA-T
Separuh daripada keuntungan yang diperolehi akan disumbangkan kepada American Foundation for Suicide Prevention.
EIZLAN YUSOF KINI PENGERUSI SKIM WAJIB TAYANG FINAS
Dia melahirkan rasa bersyukur dan berjanji akan menjalankan tugas dengan baik demi kepentingan industri perfileman tempatan.