WAJAH FESYEN MUSIM BUNGA 2021
RUMAH-RUMAH FESYEN SUDAH PUN ‘REVEAL’ KEMPEN FESYEN UNTUK MERAIKAN MUSIM BUNGA 2021. KELIBAT WAJAH-WAJAH SEMASA YANG TERPILIH UNTUK MENGHIASI KEMPEN FESYEN MUSIM INI. SIAPAKAH WAJAH FESYEN UNTUK MUSIM INI?
SAINT LAURENT PARIS
Pelakon muda, Justice Smith yang tidak dijangka telah dipilih rumah fesyen Saint Laurent Paris untuk menghiasi kempen fesyen musim bunga 2021. Pelakon yang popular melalui filem ‘Paper Town’, ‘Jurassic Park’ dan yang terbaru, ‘All The Bright Places’. di samping Elle Fanning. Justice dirakam dalam kemeja bercorak yang dipadankan dengan kot labuh hitam, menunjukkan gaya tipikal Saint Laurent. Kempen turut dihasilkan dalam konsep hitam dan putih, hasil karya David Sims. Walaupun setelah bermusim-musim, Saint Laurent kekal dengan konsep tersebut.

VERSACE
Untuk musim bunga 2021, Versace mengangkat tema “Versacepolis”, yang turut membentuk inspirasi untuk set pementasannya. Beberapa model wanita ditampilkan untuk kempen ini, untuk menemani model, Raphael Balzer dan Simone Bricchi. Jurugambar fesyen, Mert Alas & Marcus Piggott bersama arahan seni oleh Ferdinando Verderi, serta tata gaya oleh Jacob K. Kempen ini turut memperkenalkan koleksi beg La Medusa, item fesyen yang paling hangat untuk musim bunga 2021.

DIOR MEN
Model, Babacar N’doye, Jeremiah Berko Fourdjour dan Samer Rahma membintangi kempen Dior Men musim bunga/panas 2021. Rafael Pavarotti merupakan jurugambar untuk siri kempen ini, Melanie Ward pula penata gaya disebalik penataan hebat wajah-wajah kempen.
BOSS
David Sims merakam setiap imej BOSS untuk merayakan musim bunga/panas 2021. Menampilkan model seperti Jeremiah Berko Fourdjour, Luc Defont-Saviard, Valentin Caron dan Yun Hoseok. Mereka dipakaikan rekaan-rekaan utama BOSS, yang menggabungkan helaian bersifat sukan bersama tailored pieces. Helaian grafik turut difokuskan dalam penghasilan kempen ini, menyimbol keperkasaan trend musim bunga. Ludivine Poiblanc turut terlibat sebagai penata gaya dalam kempen.


GIVENCHY
Kempen ini merupakan kempen pertama untuk koleksi Matthew M. Williams sebagai Pengarah Kreatif Givenchy. Rapper, Playboi Carti dan model Liam Powers merupakan dua lelaki yang ditampilkan dalam kempen Givenchy musim bunga 2021. Wajah mereka dalam rekaan baharu Givenchy dirakam oleh Heji Shin. Pemilihan dua individu tersebut dianggap sempurna untuk melambangkan ilham baharu Givenchy.
CELINE
Pelakon “The Queen’s Gambit”, Thomas Brodie-Sangster bergaya dalam rekaan Celine untuk siri kempen ‘Potrait of an Actor’ untuk Celine musim bunga 2021. Pelakon itu memakai rekaan Celine musim bunga 2021, seperti double breasted suit, seluar flair, topi fedora dan kata mata bingaki aviator. Kempen ini disempurnakan oleh Hedi Slimane.
Artikel berkaitan: LIMA PELAKON BAHARU SUKA BERFESYEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.

















