Skip to content

ALASAN BLAKE SHELTON ENGGAN TURUNKAN BERAT BADAN

ALASAN BLAKE SHELTON ENGGAN TURUNKAN BERAT BADAN

Kongsikan artikel ini

Sebelum ini juri The Voice, Blake Shelton beriya membuat pengumuman mahu mengurangkan berat badan sebelum melangkah naik ke pelamin. Namun kini dia mengatakan sebaliknya. Apa sudah jadi?

Shelton baru-baru ini membuat kemunculan di rancangan The Late Show with Stephen Colbert. Menerusi bual bicara tersebut, Shelton mendedahkan perbualan lama dengan rakan selebriti, Luke Bryan bahawa dia merancang menurunkan beberapa kilogram berat sebelum bergelar suami kepada Gwen Stefani.

“Saya rasa jika anda berkata sedemikian di hadapan umum, maka wajib untuk anda merealisasikannya,” ujarnya kepada hos, Stephen Colbert.

Tetapi kata Shelton, ia tidak akan terjadi dalam masa terdekat memandangkan majlis perkahwinan mereka terpaksa ditangguh disebabkan pandemik coronavirus.

“Virus ini masih berleluasa dan saya tidak mahu mengecewakan keluarga serta rakan-rakan. Mereka mungkin sedang menonton rancangan ini, jadi saya mahu mereka tahu bahawa saya pasti akan meneruskan rancangan untuk turunkan berat badan. Namun kami tidak tahu bila majlis akan berlangsung jadi mengapa saya harus mula berdiet sekarang?”

Shelton juga berjenaka kepada Colbert mengatakan dia akan mengahwini Stefani pada awal pagi, tetapi pasangan itu terpaksa menunggu sehingga keadaan semakin pulih.

“Sebenarnya, kami sebolehnya mahu ibu bapa Gwen hadir, ibu bapa saya, keluarga kami. Selagi itu tidak mungkin terjadi, kami tidak akan membuat sebarang perancangan perkahwinan.”

 

 

Foto: Steve Granitz/WireImage

 

Pautan berkaitan: BLAKE SHELTON LELAKI PALING SEKSI DI DUNIA

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
8 LAGU IKONIK NYANYIAN MICHAEL JACKSON

8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
mew suppasit

MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN

Bacaan Lanjut