Skip to content

“Kecergasan adalah sebuah journey kerana saya sentiasa mahu mencabar diri untuk menjadi yang lebih baik setiap hari,” – Aaron Chan

Kongsikan artikel ini
1 of 6

Duta minuman sukan NOCCO, Aaron Chan adalah jurulatih kecergasan yang tekad untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam membantu mencapai matlamat kecergasan bersama komuniti functional training atau crossfit di Fuel Athletics.

 

Sebelum ini, ramai yang mengenalinya sebagai seorang model peragaan. Hari ini, Aaron Chan adalah Ketua Jurulatih Kecergasan di Fuel Athletics. Selaku jurulatih kecergasan, dia berkonsgsi ilmu dan kemahiran bersama komuniti crossfit di Malaysia. Dia yang juga atlet mountain bike adalah duta NOCCO yang merupakan minuman sukan dari Sweden.

Ikuti temubual eksklusif bersama Aaron Chan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai journey kecergasannya.

  1. Bagaimana anda bermula menjadi jurulatih kecergasan?

Perjalanan kecergasan ini bermula enam tahun lalu. Ketika itu saya mencari sebuah gimnasium yang dapat membantu untuk latihan mountain biking. Saya mencari program yang mampu meningkatkan persembahan dari segi kekuatan dan conditioning untuk perlumbaan mountain bike, selain seorang jurulatih yang berpengalaman untuk merangka sebuah plan untuk saya.

Di Fuel Athletics, saya diperkenalkan dengan komuniti functional training atau crossfit yang terus membuat saya tertarik dengan metodologi senaman mereka. Selepas menyaksikan peningkatan dari segi kecergasan, saya terus membuat keputusan untuk meluaskan ilmu dan kemahiran untuk berkongsi dengan semua.

1 of 6

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL

Bacaan Lanjut

CUBA SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut

TIDAK DIMAMAH USIA, INI 7 SELEBRITI LELAKI MILIKI WAJAH AWET MUDA

Bacaan Lanjut
SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

Bacaan Lanjut