MARK ADAM SERTAI GENG PAGI HOT
Penyanyi dan pelakon, Mark Adam kini menambah satu lagi pekerjaan dalam senarai pengalaman kerjayanya iaitu sebagai penyampai radio.
Berita ini diumumkan sendiri oleh pelantun lagu Marry Me itu di Instagram. Mark ditugaskan untuk segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM bermula semalam.
Mark Adam atau nama penuhnya Fikri Mark Adam Abdullah memanjatkan rasa kesyukuran di atas rezeki dan peluang untuk dirinya melebarkan sayap dalam industri seni tanah air.
“Syukur Alhamdulillah dengan peluang dan rezeki yang diberikan, dalam kerjaya ini saya tahu betapa besarnya tanggungjawab, saya berjanji untuk melakukan yang terbaik setiap hari untuk semua, Insya-Allah,” tulisnya di Instagram.
Dia menambah, “Geng jom dengarkan @hotfm976 bersama saya dan @fizie_hotfm. Lebih hangat daripada biasa!”

Mark digandingkan bersama Fizi setelah Shuib memilih untuk berehat daripada dunia seni selepas berkhidmat dengan stesen radio tersebut selama dua tahun. Dia kini membuat keputusan untuk memberi fokus dalam bidang perniagaan.
Seorang lagi penyampai segmen Geng Pagi Hot, Shuk Sahar masih digantung tugas sejak 25 Januari lalu disebabkan kontroversi rumah tangga. Pihak Hot FM menjelaskan sehingga kini isu tersebut masih dalam perbincangan dan sebarang pengumuman akan dimaklumkan kelak.
Hantaran ini menerima maklum balas positif dan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan pengikutnya yang kini berjumlah 1.6 juta orang.
Foto: SalamToday
Pautan berkaitan: “TAHUN 2019, LAWAK ‘BODY SHAMING’ INI DAH BOLEH BERHENTI” – ALIF SATAR ULAS ISU BERAT BADAN JADI BAHAN GURAUAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.











