MUSIM ANUGERAH 2021: SIAPAKAH YANG STYLISH? (SO FAR)
AWARDS SEASON ARE BACK! SETAKAT INI, DUA ANUGERAH SELESAI BERLANGSUNG DAN KEMENANGAN SUDAH DIRAI. GRAMMYS PULA BAKAL DIADAKAN PADA MINGGU HADAPAN. SEMUANYA MASIH BERJALAN SECARA VIRTUAL. SIAPAKAH TETAMU LELAKI YANG PALING STYLISH, SO FAR? ARE THE CLASSIC SUITS STILL MADE THE CUT?
- JOSH O’CONNOR
Siapakah Josh O’Connor? Mungkin ramai yang masih belum mengenali pelakon, Josh O’Connor. Namun, tidak buat pengikut setia siri Netflix The Crown. Pada kami, Josh are the next fashion icon. Mengapa? Lihat sahaja penampilan Josh sewaktu menghadiri di dua acara terbesar, 2021 Golden Globes dan Critics Choice Awards. He stunned us in unconventional tuxedo by Loewe. Dilengkapi jam tangan Bulgari. Josh memilih Harry Lambert sebagai penata gayanya untuk kedua-dua acara tersebut. Harry Lambert juga merupakan ‘stylist’ kepada Harry Styles. Maka, tidak hairanlah kelihatan pengaruh gaya Harry Styles dalam penataan Josh di kedua-dua acara tersebut. We are not mad at it. Malah, we love it.
2. JOHN BOYEGA

This is history! John Boyega memilih Louis Vuitton untuk digayakan ke majlis Critics Choice Awards yang diadakan secara virtual. Biarpun virtual, ia tidak menghalang John untuk tampil stylish. Look yang dipentaskan sewaktu pementasan musim luruh/sejuk 2021 merupakan pilihan John. Sut putih yang disertakan shawl bermonogram Louis Vuitton dalam hitam dan putih, yang dipakainya secara silang pada badan. Ikonik.
3. LESLIE ODOM JR.

Leslie Odom Jr. cukup cemerlang dalam filem Speak Now. Di Critics Choice Awards, Leslie menyarung sut pinstripe ilham Celine yang diserlahkan dengan rangkaian rantai emas untuk menunjukkan gaya karpet merah yang segar. Kolar kemeja putih dalam olahan ruffle, menyimbolkan gaya lelaki alfa. Ada drama disitu. One of the best dressed so far.
4. ALGEE SMITH

Algee Smith in Versace. Enough said. Ternyata, penampilan Algee Smith di Critics Choice Awards antara gaya karpet merah terbaik untuk musim anugerah 2021. But not too early, Grammys, Oscars belum berlangsung lagi. Mungkin ada selebriti lain yang akan tampil lebih hebat daripada Algee Smith dalam rekaan Versace ini. Sut merah jambu lembut ditegaskan dengan perincian jemaki berbentuk tapak sulaiman. Simbol ikonik Versace. Penampilan ini membuktikan revolusi gaya selebriti lelaki di atas permaidani merah.
5. TAHAR RAHIM
The suit fits Tahar Rahim perfectly. Sut double breasted biru navy Louis Vuitton di ‘toned down’ dengan helaian baju panas kolar tinggi hitam bagi mempamerkan ‘the modern gentleman’. Kelihatan tidak berlebihan, lagipun menghadiri acara Golden Globes dari rumah sahaja. Such a cool look on him. Fit yang sempurna, tambahan lagi siluet klasik are always the perfect choice.
Artikel berkaitan: LIMA PELAKON BAHARU SUKA BERFESYEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
10 MOMEN FESYEN LELAKI DALAM SEJARAH MET GALA
Terokai 10 momen fesyen lelaki dalam sejarah Met Gala. Dari Jared Leto hingga Billy Porter, lihat gaya ikonik yang mencabar norma.
KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER
Louis Vuitton mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju inovasi fesyen dengan LV Buttersoft Sneaker sebagai kolaborasi bersama J-Hope.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.















