Denyutan Kencang Automatik
Pergerakan automatik ibarat nadi yang berdenyut kencang dari lubuk jam tangan buatan Swiss. Berpunya nilai dan kualiti yang tinggi, Rado mengusungkan barisan unik True Square Open Heart terbaru.
Rado terkenal dengan identitinya yang mendukung ciptaan berbahan seramik berteknologi tinggi sejak tahun 1990-an. Mempersembahkan barisan True Square yang terbaru, model True Square Open Heart diolah beralaskan rekaan ikonik jam tangan segi empat ilham Rado.
Hadir dengan laman dial yang ditampil terbuka, jam tangan True Square Open Heart memperlihatkan komponen nadi pergerakan automatik C07 yang jelas.

Model True Square Open Heart, rona hitam berkilat.
Berpunya rizab kuasa sehingga 80 jam, model terbaru ini ternyata menangkap setiap mata yang berlabuh padanya. Secara tidak langsung, menjadikannya, satu-satunya jam segi empat berbahan seramik berteknologi tinggi yang diolah berlaman dial kerangka di pasaran.
Suntikan Futuristik
Jam berekaan segiempat selari sudah lama berkait bersama Rado. Namun, ia hanya muncul buat pertama kalinya pada tahun 2020 dengan case seramik injeksi monoblok berteknologi tinggi.
Tiga jam tangan ‘open heart’ atau skeleton baru yang disajikan Rado ini hadir dalam tiga variasi rona yakni, hitam berkilat, putih berkilauan dan plasma.

Case seramik injeksi monoblok berteknologi tinggi ilham Rado
Ia seperti menyelip kembali masa silam Rado yang gemilang, lalu diperkasa dengan bahan berteknologi tinggi yang hanya dapat diciptakan pada abad ini.
Rizab kuasa selama 80 jam menjadikannya jam tangan praktikal dengan daya tahan melebihi penampilannya yang menawan.
Rasa futuristiknya tidak berkesudahan! Case monoblok yang diolah bersudut lembut melengkung menjunjung visi ergonomik yang moden lagi selesa untuk dipakai seharian.
Kandidat Uniseks Terbaik
Tidak mengetepikan tradisi serta emosi menerusi barisan jam tangannya, True Square Open Heart juga dihiasi batu permata yang bukan sahaja bertindak untuk menstabilkan geseran.
Bahkan, mengurangkan kehausan elemen permukaan mekanisme yang saling bersentuhan selain menjadi titik fokal untuk dilihat pemuja arloji.

Jam True Square Open Heart berdiameter 38mm dengan ketebalan 9.7mm.
Hadir dengan ukuran 38mm dengan ketebalan 9.7mm menjadikannya calon jam tangan uniseks yang sempurna. Biar apa pun model yang menawan hati anda, sama ada yang tampil bertatahkan 12 butir berlian buat indeks masanya atau sedakar paparan konvensional.
True Square Open Heart bakal mengusung anda agar lebih dekat dengan masa, lebih dekat dengan ketepatan, lebih dekat dengan reka bentuk ikonik dan teknologi pembuatan jam tangan terkini dari bahan berteknologi tinggi.
Pautan berkaitan: JEJAKA ARLOJI TERKINI BULGARI!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
CASIO LANCAR JAM TANGAN CINCIN PENUH UNIK
Casio Computer Co., Ltd. telah melancarkan Casio Ring Watch CRW-001, jam tangan gaya cincin pertama syarikat ini.
6 FAKTOR TAN JIANCI MEMILIH RADO TRUE SQUARE OPEN HEART
Pelantikan Tan Jianci sebagai duta baharu Rado ini menandakan permulaan sebuah kerjasama erat antara ikon jam tangan Swiss dan bintang berbakat besar ini.
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.