Skip to content

RAHSIA KEKAYAAN KEVIN HART

RAHSIA KEKAYAAN KEVIN HART

Kongsikan artikel ini

Dengan kerjasama bersama Netflix dan pelancaran minuman keras jenamanya sendiri, ternyata pelakon Kevin Hart kini sedang mendaki puncak kejayaan.

Walaupun segalanya berjalan lancar dan poketnya juga semakin menebal, dia tidak pernah melupakan asal usul dan kehidupan sukar yang pernah dilaluinya. Disebabkan itu Kevin memulakan satu projek untuk mendidik warga kulit hitam mengenai cara bijak berbelanja dan berjimat cermat.

Dia turut melancarkan satu lagi misi bersama JP Morgan Chase yang dilihat mempunyai potensi untuk berjaya. Menerusi #MoneyMatters yang dilancarkan oleh #HartForLife, dia berkongsi rahsia kekayaannya dengan peminat.

Pelakon Jumanji ini pernah melalui jatuh bangun dalam kehidupan sepanjang bergelar selebriti, malah pernah gagal membayar cukai dan melalui saat sukar berdepan dengan masalah kewangan.

 

Jerry Seinfeld defends Kevin Hart after Oscars controversy

Foto: Paras Griffin/Getty Images for Universal Pictures

 

Jarang kita melihat selebriti yang sanggup berkongsi rahsia kekayaan dengan peminat, terutama bintang Hollywood. Justeru ini merupakan satu peluang yang tidak patut dilepaskan oleh peminat yang ingin memperbaiki taraf hidup dan kewangan mereka.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, dia dilihat sedang berbual dengan sekumpulan rakan-rakan sewaktu bersenam di gim. Mereka berbicara mengenai langkah penting yang perlu diambil untuk menjamin kewangan yang kukuh.

Dalam video tersebut, Kevin menyatakan langkah asas yang perlu dilakukan adalah membuat simpanan. Dia menggalakkan peminat untuk menyimpan wang dari sekarang sama ada bagi tujuan tertentu mahupun untuk saat kecemasan. Pasti anda bersetuju, ia bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan.

Kevin merupakan antara selebriti yang lantang bercakap mengenai pemisahan budaya dan kekurangan ilmu kewangan di kalangan komuniti kulit hitam. Matlamat yang ingin dicapainya sekarang adalah untuk memastikan mereka mempunyai kawalan terhadap masa depan sendiri dan lebih mahir dalam pengurusan kewangan.

 

Foto: Mark Seliger/GQ

 

Pautan berkaitan: 5 BINTANG ROCK TERKAYA SEPANJANG ZAMAN

 

 

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

Bacaan Lanjut
5 PELAKON YANG HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN

5 PELAKON HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
5 AKTOR & AKTRES TERKENAL BERSUARA MERDU

5 AKTOR & AKTRES TERKENAL BERSUARA MERDU

Bacaan Lanjut
PATRICK DEMPSEY DINAMAKAN SEBAGAI SEXIEST MAN ALIVE 2023

PATRICK DEMPSEY DINAMAKAN SEBAGAI SEXIEST MAN ALIVE 2023

Bacaan Lanjut