Skip to content

DRAKE DILAPORKAN TIDAK BERHENTI MENGGODA KIM KARDASHIAN

DRAKE DILAPORKAN TIDAK BERHENTI MENGGODA KIM KARDASHIAN

Kongsikan artikel ini

Nampaknya Kim Kardashian tidak perlu menunggu lama jika dia memilih untuk menjalin hubungan cinta. Sewaktu proses perceraiannya dengan Kanye West berjalan, Drake dikatakan sedang cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian pengasas SKIMS ini.

Bukan rahsia lagi Drake telah lama meminati Kim, justeru tidak hairan jika dia dengan pantas mengorak langkah untuk cuba menawan hati mogul kecantikan ini.

Menurut Heat Magazine, penyanyi kelahiran Kanada ini telah pun menghantar DM kepada Kim hanya beberapa minggu selepas berita perceraiannya tersebar kepada umum. Cukup pantas!

Satu sumber memberitahu, Drake tidak mengerti apa keistimewaan Kanye di mata Kim. “Bertahun-tahun dia mengatakan Kanye bukanlah lelaki yang tepat untuk Kim dan segalanya akan berakhir dengan air mata.

“Dia tidak menyangka Kim akan mengambil masa yang lama untuk menyedarinya, dan mula menghantar mesej kepadanya apabila mengetahui perceraian akan terjadi. Dia sudah bersedia untuk berjanji temu jika Kim memberi ‘lampu hijau’ dan percaya ia akan berlaku tidak lama lagi.”

Namun seperti apa yang tersebar di media, bintang Keeping Up With The Kardashians ini belum bersedia untuk rapat dengan mana-mana lelaki apatah lagi menjalin hubungan cinta. Setidaknya sehingga proses perceraiannya selesai.

 

Drake has apparently been sliding into Kim Kardashian's direct messages amid this Kanye West divorce!

Foto: Perez Hilton

 

Drake dan Kanye mempunyai sejarah yang agak panjang, malah sebelum penyanyi Runaway itu berumah tangga dengan Kim. Pada 2009, dia mendedahkan perihal Kanye kepada MTV News.

“Sebelum bertemu Kanye West, saya sangat menghormatinya. Saya malah menyebut bahawa dia adalah insan paling berpengaruh dalam hidup saya.

Sekarang, matlamat saya adalah untuk mengatasi segala pencapaiannya. Saya tidak mahu menjadi seperti Kanye, saya mahu menjadi lebih hebat daripadanya.”

Mungkin ini antara penyebab mengapa dia mahu memiliki hati Kim!

 

Foto: John Phillips/Frazer Harrison/Getty Images

 

Pautan berkaitan: 10 WANITA POPULAR YANG PERNAH DIKAITKAN DENGAN DRAKE

 

 

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut