“SAYA KELIRU!” – LAKEITH STANFIELD MAIN WATAK UTAMA, NAMUN TERCALON SEBAGAI PELAKON PEMBANTU
Pencalonan Oscar 2021 telah pun diumumkan tiga hari lalu namun beberapa nama yang tersenarai dilihat seperti tidak masuk akal, antaranya LaKeith Stanfield.
Walau memegang watak utama sebagai Bill O’Neal menerusi filem Judas And The Black Messiah, Stanfield hanya dicalonkan sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik.
Menerusi satu hantaran Instagram yang kemudiannya telah dipadam, dia meluahkan, “Saya keliru” tentang pencalonan Oscar yang diterimanya.
Walaupun Warner Bros. memberi nama Stanfield untuk kategori pelakon lelaki terbaik, Academy menyenaraikannya sebagai calon pelakon pembantu lelaki terbaik di samping pelakon gandingannya, Daniel Kaluuya.
Namun begitu, pelantun lagu Automatic ini berkata dia tetap berasa gembira kerana tercalon. “Buat kali pertamanya pelakon dengan wajah bertatu dicalokan,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI EMAN MANAN ‘OTAI’ MALAYSIA 60-AN YANG KEKAL AKTIF
Pelakon filem Takluk Lahad Datu Eman Manan, 66 terus aktif dalam dunia lakonan, kekal komited selagi ia seiring dengan prinsip kepercayaannya.
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Peminat fanatik Beyonce akan berpeluang menonton RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCE yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Dato’ Sri Bernard Chandran sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal dan berbakat besar malah digelar sebagai King of Fashion Malaysia.
“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Tomok sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus gemilang mewarnai industri muzik tanah air.
“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Khoon Hooi sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar label fesyennya dalam industri fesyen tempatan dan luar negara.