EIZLAN YUSOF KINI PENGERUSI SKIM WAJIB TAYANG FINAS
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof yang dilantik sebagai Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Norman Abdul Halim.
Eizlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas melahirkan rasa bersyukur dan berjanji akan menjalankan tugas dengan baik demi kepentingan industri perfileman tempatan.
“Alhamdulillah saya terima dengan hati terbuka apabila diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan ini. Saya tahu jawatan yang dipikul ini satu tanggungjawab besar melibatkan banyak pihak terutama dalam kalangan pemain industri hiburan tanah air,” ujarnya.

Foto: Hmetro
“Penyandang terdahulu (Norman) telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik sekali menerusi hala tuju dan garis panduan sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengerusi Skim Wajib Tayang Finas. Bagi saya, perancangan sedia ada sudah cukup baik dan saya tiada isu untuk meneruskannya.”
Bapa kepada tiga cahaya mata ini juga menyatakan hasrat membantu penerbit filem tempatan agar mereka mendapat peluang dan ruang bekerjasama dengan pengusaha panggung wayang.
“Kerjasama ini diharapkan dapat memaksimumkan kutipan tiket filem-filem tempatan dan pada masa sama membantu mereka menyediakan kandungan (filem) untuk ditayangkan di panggung wayang.”
Skim Wajib Tayang adalah dasar yang diamalkan oleh Finas yang memberi kuasa kepada jawatankuasa untuk menimbang dan menerima mana-mana filem tempatan atau filem usaha sama untuk ditayangkan secara wajib di pawagam.
Ini dibuat mengikut peruntukan peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Skim Wajib Tayang) 2005 yang berkuat kuasa pada Jun 2005.
Foto: Thestar
Pautan berkaitan: 3 FILEM PENGUBAT RINDU ANDA KEPADA KARYA YASMIN AHMAD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.











