“TIADA SIAPA LAYAK GANTIKAN ROBERT DOWNEY JR SEBAGAI IRON MAN” – CHRIS EVANS
Filem Avengers: Endgame yang ditayangkan dua tahun lalu menyaksikan titik akhir kepada watak Captain America lakonan Chris Evans dan Iron Man lakonan Robert Downey Jr.
Walaupun kedua-dua watak adi wira itu mungkin kembali di layar perak pada masa hadapan dan dilakonkan oleh pelakon baharu, Evans berpendapat salah satunya tidak seharusnya ditampilkan semula – dan dia bercakap mengenai Iron Man, bukannya Captain America.
Sewaktu muncul dalam sesi wawancara ACE Universe bersama adik lelakinya Scott, pelakon itu ditanya oleh pengacara Angélique Roché watak mana yang ingin dilakonkannya jika diberi peluang.
Pada awalnya dia memilih Iron Man atas sebab ‘bayaran yang tinggi’ dan ‘keseronokan’ memainkan watak itu, namun akhirnya dia bertegas ia hanya layak dipegang oleh Downey.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH
Kebelakangan ini semakin ramai selebriti tampil berani dengan menyarung sut berwarna-warni.
10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI
Ayuh imbas kembali filem lakonan calon Oscar 2024 yang dinilai sebagai terburuk oleh pengkritik Rotten Tomatoes.
MOMEN FESYEN BINTANG HOLLYWOOD DI GOLDEN GLOBES 2024
Anugerah berprestij Golden Globes kini kembali buat kali ke-81 yang berlangsung di Beverly Hills, California dan menawarkan peluang kepada bintang-bintang Hollywood untuk menggayakan penampilan mereka sehingga menjadi tumpuan dunia fesyen.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024
Dari siri “The Brothers Sun” lakonan Tan Sri Michelle Yeoh kepada filem “Foe” lakonan Paul Mescal dan Saoirse Ronan, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Januari 2024.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023
Dari siri popular “Loki” yang kembali dengan musim kedua kepada dokumentari mengenai ikon bola sepak “Beckham”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Oktober 2023.
CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL
Bintang Captain America, Chris Evans dilaporkan telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini teman wanita, Alba Baptista.