Temu ramah eksklusif bersama Romain Marietta, Ketua Produk Zenith
Kala minggu arloji Watches and Wonders 2021 berlangsung, GLAM Lelaki berpeluang mewawancara secara eksklusif bersama Romain Marietta yang memegang peranan sebagai Ketua Produk Zenith sejak tahun 2011 lagi.
Zenith merupakan salah satu jenama arloji bersusuk rekaan haute-horologerie yang mendorong penghasilan inovasi secara berterusan. Sekali gus, memberi impak tinggi dalam meningkatkan kecekapan nadi pergerakan mekanikal garapannya. Sudah lebih dari satu dekad berkhidmat bersama Zenith, Romain Marietta memulakan profesi pada tahun 2006 dan sudah memerankan pelbagai peranan serta komitmen yang semakin meninggi.
Kini Romain menguruskan pengembangan untuk semua jam tangan terbaru yang bakal dipersembahkan lalu diproduksi oleh Zenith. Ini termasuk himpunan edisi khas juga barisan model-model terkini. Paling utamanya, Romain adalah seorang pemuja arloji yang benar-benar memberi inspirasi untuk kelompok horologi sedunia. Bahkan buat semua individu yang mahu mengenali seutas arloji dengan lebih mendalam.
Tahun lalu adalah tahun di mana masa memperlambat bagi kebanyakan kita, apakah pandangan anda atau mungkin, harapan untuk tahun 2021?
Hasrat kami untuk tahun 2021 adalah untuk mencapai tahap keuntungan dalam jualan yang sama pada tahun 2019. Pada bulan April tahun lepas, kami mencapai perolehan -80% perolehan dan 30% pada hujung tahunnya. Setakat ini, kami melebihi 20% dari jualan 2019 lalu mencatatkan rekod terbaru. Dari segi produk, kami menumpukan perhatian lebih jauh dengan barisan Chronomaster.
Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh Zenith tahun ini?
Cabaran Zenith hari ini sedikit sebanyak setara dengan pemain utama yang lain dalam industri ini; dengan transmisi pandemik dan lockdown yang berterusan memperlahankan rentak pemasaran. Walau bagaimanapun, isu seperti di Hong Kong, yang sebelum ini merupakan pasaran utama jam tangan Swiss tidak begitu terkesan. Mahupun menimbulkan masalah yang besar.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Duta jenama G-SHOCK, ITZY kini kembali dengan kolaborasi kedua sempena pelancaran GMD-S5610IT yang ditambah baik.
KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED
Selain masyhur dengan wajah tampan dan bakat lakonan, Brad Pitt juga terkenal dengan cita rasa halusnya pada jam tangan mewah.
KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI
Jam tangan Omega untuk lelaki menawarkan gabungan sempurna antara inovasi teknologi dan elemen elegan yang menonjolkan gaya si pemakai.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI
Bekas pelumba Formula One (F1), Michael Schumacher mempunyai koleksi trofi terbaik dalam sukan litar. Koleksi horologinya juga tidak kurang hebatnya.