Skip to content

H&M X SABYASACHI, TELAH TIBA 12 OGOS!

SABYASACHI X H&M, TELAH TIBA 12 OGOS!

Kongsikan artikel ini

H&M DENGAN BANGGA MELANCARKAN KOLABORASI DENGAN LABEL IKONIK INDIA SABYASACHI. TERKENAL DENGAN IDENTITI REKAANNYA YANG MENYILANGKAN GAYA TRADISIONAL INDIA DENGAN NADA REKAAN KONTEMPORARI. 

 

Kolaborasi perdana ini merupakan yang pertama di India, ternyata H&M cuba untuk melebarkan pengaruhnya dalam pasaran India dan antarabangsa menerusi keperkasaan fesyen moden dan tradisional bersama pereka fesyen elit Sabyasachi. 

Koleksi bersifat eklektik dengan rencah bohemian serta menggarap aspek ketradisionalan seni India yang cukup unik. Lalu menggabungkan siluet moden dengan suntikan warna dan cetakan segar. 

 

Koleksi Sabyasachi x H&M terdiri daripada pakaian sedia pakai dan aksesori utama. Juga memuatkan rekaan untuk wanita. Sesuai benarlah jika dipakai secara berpasangan, terutamanya kala liburan. 

“Saya dengan senang hati mengumumkan tarikh baru untuk koleksi kolaborasi dengan H&M, kerana ini memberi kami peluang untuk menyebarkan estetika Sabyasachi kepada pasaran yang lebih luas di India dan di seluruh dunia. Oleh kerana kerumitan situasi Covid-19, kami terpaksa menangguhkan pelancarannya tetapi saya tidak sabar untuk mempersembahkan koleksi sedia pakai yang akan memancarkan gaya santai dari aspek mewah untuk gaya sehari-hari dalam suasana yang bersahaja namun glamor,” kata Sabyasachi mengenai koleksi ini. 

 

 

Mewah dalam pilihan fabriknya, koleksi ini adalah ‘statement’ moden yang sempurna untuk pakaian santai yang glamor khusus kelompok fesyen. Yang mahukan padanan elegan dalam penampilan. Fokus utama koleksi ini adalah tekstil tradisi dan cetakan India yang dibawakan oleh Sabyasachi Art Foundation, yang dibuat dengan teliti dan sulaman dalam siluet pelbagai budaya. Koleksi ini sudah tersedia dalam talian di hm.com sejak 12 Ogos.  

Artikel berkaitan: BRUNELLO CUCINELLI FW21 BERGAYA TIMELESS

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DUNIA NYATA DAN IMAGINASI BERMADU DALAM NIGO: G-SHOCK SOUVENIR COLLECTION

Bacaan Lanjut
MUST WATCH! DI NETFLIX DAN HBO MAX PADA BULAN SEPTEMBER 2026

MUST WATCH! DI NETFLIX DAN HBO MAX PADA BULAN SEPTEMBER 2026

Bacaan Lanjut

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut
TROVE MEMPERSEMBAHKAN D’ANNAM BUBBLE TEA & CHASING SCENTS MATCHA BREAK

TROVE MEMPERSEMBAHKAN D’ANNAM BUBBLE TEA & CHASING SCENTS MATCHA BREAK

Bacaan Lanjut
MIA GHAZALI LENGKAPKAN KOLEKSI EMAS KELUARGA GHAZALI DI SUKMA 2026

MIA GHAZALI LENGKAPKAN KOLEKSI EMAS KELUARGA GHAZALI DI SUKMA 2026

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut