Alam Nuansa Hijau
Dari arloji ikonik Royal Oak; sehingga peluncuran eksklusif Premier B21 kreasi Breitling bersama pengeluar automotif tersohor, Bentley. Juga generasi terbaru Aquaracer yang hadir istimewa diperbuat dari titanium Gred 2. GL membariskan barisan arloji yang kini hangat mendakap alam nuansa hijau.
Palet atau nada warna hijau terus hangat dibentangkan. Dari rona hijau zamrud, hijau zaitun, hijau lumut; senarai nada warnanya seperti tiada kesudahan. Hampir kesemua rumah arloji yang kita kenal sama ada dari berharga mampu milik sehingga ribuan ringgit; mendedikasikan lantas menterjemahkan susuk rekaan mendakap kedamaian rona hijau ini.
Di samping, memperkenalkan warna terbaru menerusi himpunan klasik yang sedia ada. Ada juga jam tangan yang hadir dengan susuk rekaan serta nadi gerakan terbaru yang dibayangi nada warna ini. Terpahat sama, usaha kerjasama di dalam meraikan penampilan model eksklusifnya.
Walau bagaimanapun, mengapa warna hijau yang menjadi pilihan? Sebilangan pemuja serta pengumpul arloji mewah berpendapat ia mengaitkan warna ini dengan kekayaan. Ada juga mempercayai rona hijau merangkaikan kesedaran dek kelestarian alam yang semakin terjejas. Apa jua interpretasi kalian, GL percaya trend ini membayangi energi serta maksud yang mengagumkan. Tidak lupa juga, warnanya begitu harmoni, langsung kekal relevan untuk mendampingi si pemakai sepanjang usia bersama.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.











