Geneva Watch Days 2021; Lima arloji unggul pilihan GL!
Tiba masanya untuk pembentangan minggu arloji tahunan yang ditunggu oleh para pemuja lapangan horologi dunia. Menyatukan acara pameran secara ‘phy-digital’; Geneva Watch Days 2021 mempertontonkan lebih 20 jenama arloji dari jenama Independent serta perusahaan multinasional dan konglomerat. GL, memilih lima arloji unggul yang menarik perhatian sempena minggu arloji berlangsung.
Minggu arloji Geneva Watch Days 2021 atau GWD2021 kembali, berlintas langsung dari 30 Ogos sehingga 3 September yang lalu. Menghimpunkan para editor, pemuja serta connoisseur lapangan horologi; tahun ini pameran serta acara tertutup yang terkait dipertontonkan dengan skala yang lebih besar berbanding tahun lepas. Dipersembahkan dengan format hibridnya ‘phygital’ merangkumi elemen fizikal serta maya; minggu arloji ini menghimpunkan sebanyak 20 jenama secara keseluruhan.
Di mana, menampilkan jenama merangkap rakan pengasas pameran yakni Bvlgari, Breitling, De Bethune, Gerald Genta, Girard-Perregaux, Greubel Forsey, H. Moser & Cie., MB & F, Ulysse Nardin dan Urwerk. Turut sama membentangkan jenama para sekutunya termasuk Arnold & Son, Bianchet, Czapek, Doxa, Ferdinand Berthoud, Frederique Constant Group, Louis Erard, Maurice Lacroix, Parmigiani, Phillips, Oris dan Reuge.
Sorotan utama bagi minggu arloji pastinya perkenalan himpunan Novelty. Demikian, seperti kebanyakan pameran, sudah tentu ada kemunculan jam tangan yang menarik perhatian. GL menghimpunkan lima utas arloji unggul yang benar-benar hangat sepanjang tempoh pameran berlangsung.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.