Skip to content

LEE DONG-WOOK DAN WI HA-JOON KONGSI PENGALAMAN ‘GILA’ PENGGAMBARAN SIRI “BAD AND CRAZY”

Kongsikan artikel ini
1 of 5

Dua bintang Korea, Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon berkongsi pengalaman ‘gila’ mereka ketika berlakon dalam siri drama terbaharu, “Bad and Crazy” yang bakal disiarkan pada 17 Disember 2021 di Malaysia, secara eksklusif melalui laman penstriman, iQiyi.

Antara siri yang dinanti-nantikan peminat K-drama di seluruh dunia, “Bad and Crazy” bakal menutup tirai 2021 dengan tayangan perdana pada 17 Disember 2021. Dua bintang Korea, Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon berkongsi pengalaman ‘gila’ mereka ketika penggambaran siri drama terbaharu ini yang bakal disiarkan secara eksklusif melalui laman penstriman, iQiyi.

Ketika sesi sidang media yang dijalankan, barisan pelakon siri ini termasuklah Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon, serta Han Ji-eun juga Cha Hak-yeon sempat mendedahkan rahsia di sebalik tabir penggambaran “Bad and Crazy”. Mereka juga berkongsi pandangan mereka tentang watak masing-masing, juga aspek keserasian di antara mereka di set penggambaran.

Menurut Lee Dong-wook, watak ini menyerlahkan sisi dirinya yang belum pernah dipertontonkan. Dia telah berbincang secara terperinci dengan Pengarah You Soon-dong tentang wataknya dan mendapat persetujuan untuk menzahirkan watak tersebut mengikut caranya sendiri. Wi Ha-joon pula berkata dia memilih untuk menghadapi cabaran dalam babak-babak aksi.

Baca lebih lanjut: 5 PERKARA LUAR BIASA YANG BERLAKU KETIKA PENGGAMBARAN ‘HELLBOUND’

1 of 5

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 K-DRAMA TERBAIK LEE BYUNG HUN MENURUT IMDB

5 K-DRAMA TERBAIK LEE BYUNG HUN MENURUT IMDB

Bacaan Lanjut
Death's Game Kdrama

DEATH’S GAME, SIRI PRIME VIDEO TERBARU DIBINTANGI SEO IN-GUK DAN PARK SO-DAM

Bacaan Lanjut
must watch November 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2023

Bacaan Lanjut
rancangan baru september 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut
rancangan Netflix paling popular

TOP 10 RANCANGAN TV YANG PALING POPULAR DI NETFLIX

Bacaan Lanjut