5 PERKARA LUAR BIASA YANG BERLAKU KETIKA PENGGAMBARAN ‘HELLBOUND’
Siri Netflix, ‘Hellbound’ arahan pengarah Yeon Sang-ho telah menjadi fenomena antarabangsa dengan mencatatkan 43.48 juta jam tontonan selama tiga hari sejak dilancarkan.
Sejak membuat debut November lalu, ‘Hellbound’ terus menjadi ikutan jutaan peminat di seluruh dunia. Siri terbaharu daripada laman penstriman gergasi, Netflix ini membariskan pelakon berpengalaman Korea Selatan dan menampilkan tema universal mengenai hidup dan mati. Ia memfokuskan kepada perkara luar biasa yang terjadi disebabkan oleh makhluk yang akan membawa manusia ke neraka, keadaan huru-hara dan kebangkitan organisasi ajaran agama baharu iaitu The New Truth.
Siri ‘Hellbound’ yang diarahkan oleh Yeon Sang-ho telah menjadi fenomena antarabangsa dengan mencatatkan 43.48 juta jam tontonan selama tiga hari sejak ia dilancarkan. Ia turut menduduki senarai Top 10 di 71 negara, termasuklah Malaysia, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Thailand, Jamaica, India, Amerika Syarikat, Perancis dan juga Jerman.
Buat peminat ‘Hellbound’, berikut adalah 5 perkara ‘luar biasa’ yang berlaku ketika penggambaran siri hangat ini:
- Yoo Ah-in melakonkan dua muka surat skrip dalam satu rakaman sahaja.
Yoo Ah-in yang sentiasa memberikan impresi yang cukup kuat dalam semua karakter yang dipegangnya, termasuklah watak Jung Jinsu, Pengerusi kepada The New Truth yang merupakan organisasi ajaran agama yang mula berkuasa apabila panik menguasai masyarakat. Yoo memberikan kualiti unik dan esentrik sebagai ketua yang penuh karisma dan penuh misitk.
Pengarah, Yeon Sang-ho menciptakan karakter Jung Jin-su dengan penuh keyakinan dekat bakat yang dimiliki oleh Yoo Ah-in. Mereka telah mengadakan perbincangan yang lama dan penuh ketelitian untuk memastikan karakter ini berkuasa untuk mengubahkan kepercayaan seseorang.
Baca lebih lanjut: ELEKTRIFIKASI VOLVO XC60 YANG LEBIH PINTAR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
WATAK UTAMA BRIDGERTON MUSIM KETIGA DIDEDAHKAN
Siri Inggeris paling popular di Netflix, Bridgerton disahkan akan muncul dengan musim ketiga namun menyimpang daripada turutan cerita asal.
DUTA SELEBRITI LELAKI PERTAMA VICTORIA’S SECRET
Pelakon utama siri komedi Netflix, “Never Have I Ever”, Darren Barnet mencipta sejarah sebagai duta selebriti lelaki pertama untuk koleksi uniseks Victoria’s Secret Pink.
DRAMA TERBAHARU YANG MEMINTAS KEDUDUKAN BRIDGERTON DALAM CARTA NETFLIX
Bridgerton musim kedua berjaya menawan hati penonton Netflix dengan adegan penuh skandal. Kini, satu lagi skandal sedang hangat diperkatakan.
SEKUEL FILEM TERKENAL LAKONAN WILL SMITH DIBATALKAN
Kerjaya lakonan Will Smith dilihat terus menjunam sebulan selepas insiden Oscar 2022 yang menggemparkan dunia.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG TERBAHARU ELITE, ANDRE LAMOGLIA
Nama André Lamoglia mula menjadi bualan peminat selepas terpilih sebagai salah seorang bintang terbaharu yang membintangi siri hangat Netflix, “Elite” untuk musim kelima.
3 FILEM BUATAN MALAYSIA PERLU TONTON RAYA INI DI NETFLIX
Laman penstriman gergasi, Netflix membariskan tiga karya tempatan yang perlu anda tonton bersempena raya tahun ini bermula 27 April 2022.